Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert pertama BIG STAGE malam ini di Astro Ria, Ria HD

-

SEPERTI yang diumumkan baru-baru ini, program ‘Big Stage’ ialah sebuah pertanding­an nyanyian berkonsepk­an realiti menampilka­n seangkatan bakat muda generasi alaf baharu yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ atau BBNU dalam kalangan penggiat industri seni tanah air.

Seramai 10 bintang BBNU bakal dihimpunka­n di pentas utama ‘Big Stage’ selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara untuk musim yang buat julung kali diterbitka­n ini.

Mereka adalah Afieq Syazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Shafiq Farhain, Tajul, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie.

Untuk pusingan minggu pertama yang bertemakan ‘Lagu Viral’, kesemua peserta diberi cabaran untuk membawakan kembali lagu-lagu ‘cover’ nyanyian mereka yang pernah tular sehingga berjaya meraih populariti luar biasa di laman sosial.

Saksikan persembaha­n 10 BBNU ini dalam konsert pertama yang akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), jam 9.00 malam ini (Ahad) di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Konsert mingguan ini juga turut boleh diakses menerusi perkhidmat­an Gempak, Astro Go, Njoi Now dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Adakah persembaha­n mereka mampu memikat hati para juri yang bukan calang-calang iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir? Nantikan juga seorang lagi juri jemputan yang bakal diundang khas untuk memeriahka­n Big Stage malam ini.

Untuk bahagian pertama, 100 peratus keputusan ditentukan oleh juri yang akan menilai para bintang berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembaha­n mingguan.

Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarka­n undian peminat secara online menerusi aplikasi Tik Tok.

Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirk­an.

Juara ‘Big Stage’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi.

Untuk pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM10 ribu dan RM5 ribu beserta dengan trofi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SISSY IMAN TAJUL
SISSY IMAN TAJUL
 ??  ?? SARAH SUHAIRI
SARAH SUHAIRI
 ??  ?? AFIQ SHAZWAN
AFIQ SHAZWAN
 ??  ?? FARA HAZEL
FARA HAZEL
 ??  ?? ANDI BERNADEE
ANDI BERNADEE
 ??  ?? ARIFF BAHRAN
ARIFF BAHRAN
 ??  ?? BABY SHIMA
BABY SHIMA
 ??  ?? SYAFIQ FARHAIN
SYAFIQ FARHAIN
 ??  ??
 ??  ?? WANY KAYRIE
WANY KAYRIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia