Utusan Borneo (Sarawak)

55 maut letupan di Hodeida: Palang Merah

-

SANAA: Satu siri letupan pada Khamis lepas di bandar pelabuhan Hodeida yang ditawan oleh pemberonta­k di Yaman telah mengorbank­an 55 orang awam dan mencederak­an beberapa orang lagi, menurut Palang Merah, mengecam tindakan yang “dicela” melibatkan nyawa manusia.

“Ketika kesan sebenar di sekitar kawasan letupan adalah masih belum diketahui, kekurangan rasa hormat terhadap nyawa manusia dan harta benda awam adalah sesuatu yang dicela,” menurut Johannes Bruwer, ketua delegasi di Yaman bagi Jawatankua­sa Antarabang­sa Palang Merah, dalam satu kenyataan kelmarin.

Pihak Palang Merah menyatakan 55 orang awam telah terkorban dan 170 tercedera “ketika satu siri letupan menggegark­an daerah yang mempunyai ramai penduduk di bandar perairan, termasuk sebuah pasar ikan dan kawasan di sekitar Hospital AlThawra”, sebuah fasiliti yang disokong oleh ICRC.

Dua ambulans turut musnah, menurutnya lagi.

Pada Khamis lepas pihak medik dan saksi menyatakan sekurang-kurangnya 20 telah terkorban dalam satu serangan udara di pintu masuk ke sebuah hospital dan pengeboman sebuah pasar ikan di bandar Hodeida di Laut Merah.

“Keadaan dari Hodeida adalah teruk. Sikap tidak mempedulik­an undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa di Yaman tidak boleh diterima,” menurut Bruwer, mengecam serangan tersebut.

Lise Grande, penyelaras kemanusiaa­n PBB untuk Yaman, pada mulanya menyatakan beratus ribu orang bergantung kepada Al-Thawra, hospital terbesar di negara ini.

“Ini adalah mengejutka­n,” kata beliau mengenai serangan tersebut.

Pasukan tentera kerajaan Yaman dibantu oleh satu pakatan yang diketuai oleh Arab telah melakukan satu serangan untuk menawan Hodeida dari pemberonta­k Huthi yang disokong oleh Iran, namun mengumumka­n pada bulan lepas mereka telah menghentik­an serangan bagi memberikan satu peluang kepada usaha rundingan PBB.

Beberapa serangan telah dikesan sekali lagi di sekitar Hodeida sejak pihak Saudi pada minggu lepas menyatakan bahawa dua kapal tangki minyak yang dimiliki oleh salah sebuah dari syarikat di negara ini telah diserang di kawasan perairan di Laut Merah.

Syarikat media yang dimiliki oleh pihak pemberonta­k menuduh pakatan yang diketuai oleh Arab sebagai melaku- kan serangan di Hodeida.

Namun jurucakap pakatan, Turki al-Maliki, kelmarin telah menafikan tuduhan tersebbut, menuduh pihak Huthi telah mengebom hospital dan pasar ikan.

Sasaran terdekat yang diserang oleh pakatan pada hari Rabu atau Khamis adalah sejauh lebih dari dua kilometer dari kedua-dua kawasan, Maliki memberitah­u satu sidang media di Riyadh. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERKORBAN: Saudara-mara mangsa mengerumun­i mayat di luar hospital selepas serangan udara di bandar Hodeida dekat Laut Merah pada 2 Ogos lepas. Sekurang-kurangnya 20 orang maut Khamis lepas dalam serangan udara di pintu masuk ke hospital serta pengeboman sebuah pasar ikan di kota pelabuhan Hodeida yang dikuasai pemberonta­k di Yaman, kata medik dan saksi.
— Gambar AFP TERKORBAN: Saudara-mara mangsa mengerumun­i mayat di luar hospital selepas serangan udara di bandar Hodeida dekat Laut Merah pada 2 Ogos lepas. Sekurang-kurangnya 20 orang maut Khamis lepas dalam serangan udara di pintu masuk ke hospital serta pengeboman sebuah pasar ikan di kota pelabuhan Hodeida yang dikuasai pemberonta­k di Yaman, kata medik dan saksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia