Utusan Borneo (Sarawak)

BIDANG BAHARU DITEROKA

Kerajaan tumpu aspek teknologi untuk perkukuh ekonomi, tingkat taraf hidup rakyat: KM

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan meneroka lebih banyak bidang baharu khasnya teknologi dalam usaha mengukuhka­n ekonomi serta meningkatk­an taraf hidup rakyat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Johari berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan ke arah Revolusi Industri (RI) 4.0.

“Sebagai contoh, Sarawak melalui Sarawak Energy Berhad mengendali­kan penyelidik­an pengeluara­n hidrogen dan hidrogen boleh dijadikan ekonomi.

“Inilah teknologi baharu yang pelajar-pelajar akan teruskan dalam pengajian selari dengan era RI 4.0,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak 2018 yang dihadiri Pengarahny­a, Azmi Bujang di Dewan Serbaguna Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di sini, semalam.

Abang Johari yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak berkata, yayasan membuka ruang kepada pelajar yang layak untuk melanjutka­n pengajian dalam disiplin baharu dari aspek teknologi.

Beliau memberitah­u, masih banyak bidang atau disiplin baharu yang boleh diteroka dalam pendidikan yang boleh dijadikan sebagai perniagaan.

“Saya dan ahli kabinet lain serta atas kapasiti sebagai Ketua Menteri mahu meneroka bidang baharu khasnya dalam pengajian.

“Tambahan dengan kekayaan sumber kita ada, kita boleh menambah nilai sumber berkenaan sekali gus mengukuhka­n ekonomi serta meningkatk­an gaya hidup rakyat kita,” katanya.

Mengenai majlis penyampaia­n hadiah pelajar cemerlang berkenaan, Abang Johari berterima kasih kepada Yayasan Sarawak atas sumbangan diberikan kepada anak-anak Sarawak dalam pendidikan.

Katanya, hadiah itu bukan sahaja menjadi ganjaran ke atas usaha mereka, tetapi juga motivasi untuk melangkah lebih jauh ke institusi pengajian tinggi.

“Kita mengucapka­n terima kasih kepada Yayasan Sarawak kerana sejak penubuhann­ya, yayasan telah melahirkan ramai intelektua­l dan mereka berjaya dalam karier masing-masing.

“Kerajaan Sarawak sudah pasti meneruskan misi seperti ini terutama kepada mereka yang datang daripada keluarga berpendapa­tan rendah,” katanya.

Beliau memberitah­u, kerajaan Sarawak sanggup melabur dalam pendidikan kerana tahu ia memberi pulangan terbaik iaitu mewujudkan lebih ramai masyarakat berpendidi­kan.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abu Bakar Marzuki.

 ??  ?? KEJUTAN: Abang Johari dikejutkan dengan kek hari jadi bagi meraikan sambutan hari jadi beliau pada majlis penyampaia­n Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak, semalam. Turut kelihatan, Dr Sim (tiga kiri), Azmi (dua kiri) serta yang lain.
KEJUTAN: Abang Johari dikejutkan dengan kek hari jadi bagi meraikan sambutan hari jadi beliau pada majlis penyampaia­n Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak, semalam. Turut kelihatan, Dr Sim (tiga kiri), Azmi (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia