Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU BIMBANG, PERPUSTAKA­AN KOMUNITI DIPECAH MASUK

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) melahirkan kebimbanga­n mengenai masalah kecurian yang semakin berleluasa terutamany­a di sekitar kawasan Gita, Kuching.

Terbaharu, Perpustaka­an Komuniti DBKU Kampung Pinang Jawa telah dipecah masuk oleh pencuri pada 1 Ogos lalu.

Hasil pemeriksaa­n pihak DBKU mendapati pencuri memasuki bangunan itu melalui tingkap di bahagian belakang perpustaka­an tersebut.

Antara barang yang didapati hilang ialah wang tunai keahlian perpustaka­an, beberapa besi rak buku lama di dalam stor dan bingkai aluminium tingkap yang kesemuanya telah dipotong dan dicuri.

“Masalah kecurian seperti ini merupakan satu gejala yang semakin berleluasa sejak dahulu sehingga kini.

“Hal ini kian menular saban hari di mana banyak harta benda awam telah dicuri dengan sewenang-wenangnya,” kata DBKU dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tegas DBKU lagi, perbuatan tidak bertanggun­gjawab itu telah mengundang pelbagai komplikasi kepada pihak kerajaan.

“Ini kerana akibat gejala tidak bertanggun­gjawab ini, berjuta-juta ringgit telah dibelanja oleh kerajaan bagi menggantik­an semula harta benda awam yang telah dicuri,” tambah DBKU.

Justeru, bagi membendung gejala sedemikian berleluasa, DBKU memohon warga Kuching bersama-sama DBKU membantera­snya daripada terus menular.

“Percayalah, tanpa kerjasama warga kota Kuching, usaha untuk membantera­s gejala kecurian seperti ini tidak akan berjaya.

“Warga Kuching yang mempunyai sebarang maklumat mengenai masalah seperti ini boleh menghubung­i Pusat Khidmat 24 Jam DBKU menerusi talian 082-446644 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)/WhatsApp (016-8864466),” ujar DBKU.

 ??  ?? BERSELERAK: Keadaan Perpustaka­an Komuniti DBKU Kampung Pinang Jawa setelah dimasuk pencuri. ROSAK: Tingkap Perpustaka­an Komuniti DBKU Kampung Pinang Jawa dipecah masuk pencuri.
BERSELERAK: Keadaan Perpustaka­an Komuniti DBKU Kampung Pinang Jawa setelah dimasuk pencuri. ROSAK: Tingkap Perpustaka­an Komuniti DBKU Kampung Pinang Jawa dipecah masuk pencuri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia