Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan PATI jadi pemborong haram di Keningau akan disiasat: Wong

-

KENINGAU: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan pekebun tentang penglibata­n pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam perniagaan borong hasil pertanian di daerah ini.

Menterinya Junz Wong berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan mahu semua pihak berhenti membekalka­n hasil tani mereka kepada pemborong yang dipercayai PATI.

“Datang sini (Sabah) pun secara haram... mereka (PATI) tidak patut terlibat dengan perkara ini. Ini pertama kali saya mendengar aduan seumpama ini.

“Jika aduan ini sahih, kementeria­n tidak akan berkomprom­i dan kegiatan ini perlu dibanteras,” katanya kepada Bernama pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-97 dan Pembinaan Bangunan Baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Yin 2018 di sini malam kelmarin.

Wong berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan bagi mengenal pasti pemborong- pemborong haram terbabit.

“Setiap aktiviti perniagaan memerlukan lesen, dan ia adalah keperluan wajib yang perlu dipatuhi oleh semua pihak. Kita ada undang-undang yang mewajibkan lesen kepada mana- mana pihak yang terlibat dalam perniagaan borong atau apa juga jenis perniagaan,” katanya.

Sebelum ini Persatuan Pekebun Kecil Pedalaman Sabah ( PEKEBUN) mendakwa aktiviti perniagaan borong hasil tani di Keningau dikuasai oleh orang asing, sekali gus menyebabka­n petani tidak mendapat harga yang sepatutnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia