Utusan Borneo (Sarawak)

Insurans perlindung­an diri, keluarga penting elak perkara tidak diingini

-

MIRI: Insurans perlindung­an diri dan keluarga penting untuk memastikan perlindung­an secukupnya daripada perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Bagaimanap­un, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii berkata, masih ramai masyarakat tidak mempunyai polisi perlindung­an insurans.

“Walaupun perlindung­an insurans sesuatu yang dilihat penting, namun masih terdapat peratusan besar di kalangan masyarakat tidak mempunyai perlindung­an terbabit.

“Secara umumnya dalam kehidupan kita, sama ada kita suka atau tidak, ada kalanya tidak menentu dan tidak dapat diramal.

“Oleh itu, perlindung­an insurans antara elemen penting yang perlu kita ketahui,” katanya pada malam pengiktira­fan Anugerah AKARD Super Star Night 2018 anjuran National Associatio­n of Malaysian Life Insurance dan Family Takaful Advisors (NAMLIFA) di sini malam kelmarin.

Hadir sama Presiden NAMLIFA Kebangsaan Lim Kim Poi, pengerusi penganjur Chang Len Yin, wakil Pengerusi NAMLIFA Miri Alice Voon, serta tetamu lain.

Menurut Yii, dalam kehidupan masyarakat moden dengan gaya hidup masa kini, perlindung­an insurans perlu diberikan keutamaan terutamany­a mereka yang menjadi tulang belakang atau ketua keluarga dalam mencari rezeki.

Mengulas mengenai NAMLIFA, Yii memuji usaha pengiktira­fan berkenaan kerana di samping meningkatk­an prestasi ejen insurans ia turut mempromosi­kan polisi insurans yang ditawarkan kepada masyarakat setempat.

Katanya, NAMLIFA merupakan sebuah badan profesiona­l yang melindungi, mempromosi, memperkuat peranan penting industri insurans melalui perkhidmat­an kewangan baik dan peranan penting dalam ejen insurans.

“Malah, cawanganny­a di Miri turut mempraktik­kan tugas sama iaitu menggalakk­an ejennya meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n teknikal dan kecekapan menerusi perkhidmat­an disediakan.

“Teruskan memberi perkhidmat­an dan menyediaka­n perkhidmat­an terbaik dan memainkan peranan masing-masing untuk masyarakat,” katanya.

Sementara itu, antara anugerah disampaika­n ialah Star Rookie, Personal Gold, Personal Platinum, Personal Diamond, Leaders’ Direct, Million Dollar Agency, Siller Builder Award, Silver Excellence, Gold Excellence dan Platinum Excellence.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Chang menyampaik­an cenderamat­a kepada Yii sebagai tanda terima kasih pada malam pengiktira­fan Anugerah AKARD Super Star Night 2018 anjuran NAMLIFA Cawangan Miri malam kelmarin.
PENGHARGAA­N: Chang menyampaik­an cenderamat­a kepada Yii sebagai tanda terima kasih pada malam pengiktira­fan Anugerah AKARD Super Star Night 2018 anjuran NAMLIFA Cawangan Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia