Utusan Borneo (Sarawak)

Aplikasi Pelajar permudah penerima pinjaman, biasiswa

Yayasan Sarawak lancar satu lagi kemudahan untuk pelajar ketahui status permohonan, bayaran pinjaman atau biasiswa

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Yayasan Sarawak semalam melancarka­n Aplikasi Pelajar sebagai satu lagi kemudahan kepada penerima pinjaman atau biasiswa yayasan.

Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata, dengan adanya aplikasi berkenaan para pelajar sama ada penerima biasiswa atau pinjaman dapat mengetahui status permohonan atau bayaran pinjaman mereka.

“Hari ini (semalam) kita melancarka­n Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak yang boleh dimuat naik daripada Playstore (Android) sementara IOS (Apple) boleh dimuat naik minggu hadapan.

“Aplikasi ini amat istimewa yang dibangunka­n oleh Yayasan Sarawak sendiri dan kami berterima kasih kepada bekas Pengarah Yayasan Sarawak, Datuk Abu Bakar Marzuki yang mengetuai pasukan dalam membangunk­an aplikasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis pen- yampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak 2018 yang disempurna­kan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Yayasan Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Dewan Serbaguna Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di sini.

Azmi berkata, aplikasi berkenaan memberi manfaat kepada pelajar untuk mengetahui status permohonan, status pinjaman, status pembayaran balik dan status baki bayaran pinjaman.

Sehingga kini ujarnya, terdapat 24,977 pelajar yang menerima manfaat daripada skim pinjaman Yayasan Sarawak seluruh negeri, iaitu pelajar aktif sama ada memohon, membuat pinjaman atau membayar balik.

Mengulas lanjut Azmi berkata, Yayasan Sarawak kini membuka permohonan bagi Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) bagi mereka bukan dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik).

“Sementara pelajar dalam bidang STEM boleh memohon Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT), yang mana kedua-dua per- mohonan dibuka sehingga 15 Ogos ini,” katanya sambil memberitah­u setakat ini, mereka menerima 807 permohonan bagi YBSTAR dan 369 permohonan bagi BYSTT.

Berhubung hadiah ce- merlang Yayasan Sarawak tahun ini, ia menyaksika­n peningkata­n dari segi jumlah penerima iaitu bagi keduadua penerima Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

Pada kali ini daripada 1,432 penerima seluruh negeri, 1,135 adalah menerima hadiah cemerlang Yayasan Sarawak untuk SPM sementara 297 penerima STPM.

“Bagi SPM ia merupakan peningkata­n 61 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mana hanya 701 penerima berbanding 1,135 penerima tahun ini.

“Sementara STPM menunjukka­n peningkata­n 135 peratus yang 297 penerima tahun ini berbanding 126 pada tahun lepas,” katanya sambil menambah, secara keseluruha­n ia peningkata­n 73 peratus, iaitu daripada 827 penerima kepada 1,432 keseluruha­n penerima tahun ini.

Azmi berkata, daripada 1,432 penerima seluruh negeri, 551 penerima adalah daripada Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian iaitu, 469 penerima bagi SPM dan 82 penerima STPM.

Kesemua penerima akan membawa pulang sijil daripada Yayasan Sarawak serta Sijil Simpanan Premium bernilai RM500 (SPM) dan RM700 (STPM).

Hari ini (semalam) kita melancarka­n Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak yang boleh dimuat naik daripada Playstore (Android) sementara IOS (Apple) boleh

hadapan. ” dimuat naik minggu Azmi Bujang Pengarah Yayasan Sarawak

 ??  ?? CARA MODEN: Abang Johari menekan butang pada tablet sebagai simbolik pelancaran Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak pada majlis penyampaia­n Hadiah Pelajar Cemerlang Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak sambil disaksikan Azmi (kiri) dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian (kanan).
CARA MODEN: Abang Johari menekan butang pada tablet sebagai simbolik pelancaran Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak pada majlis penyampaia­n Hadiah Pelajar Cemerlang Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak sambil disaksikan Azmi (kiri) dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia