Utusan Borneo (Sarawak)

Data dikumpul akan menjadi rujukan dalam usaha membangunk­an semula masyarakat Islam pada zaman moden ini

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Seminar menyingkap sejarah Islam di Sarawak merupakan platform untuk mengungkap peristiwa penting dalam sejarah masyarakat Islam dalam usaha memperkasa­kan pembanguna­n ummah di Sarawak dan Malaysia.

Pensyarah Kanan Jabatan Usuluddin dan Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Mohamad Razak Idris berkata, seminar itu bukan sahaja dapat merapatkan ukhuwah dalam kalangan peserta, tetapi juga mengumpul data berkaitan sejarah Islam di Sarawak.

Malah katanya, data yang direkodkan itu nanti dapat dijadikan rujukan dalam usaha membangunk­an semula masyarakat Islam yang berdepan dengan pelbagai cabaran pada zaman moden ini.

“Kita sedia maklum bahawa keadaan umat Islam kita sekarang ini sedang berada di abad

Kita sedia maklum bahawa keadaan umat Islam kita sekarang ini sedang berada di abad ke-21 yang mana umat Islam seluruh dunia mengalami satu fasa yang disebut fasa pembanguna­n semula. Dr Mohamad Razak Idris Pensyarah Kanan Jabatan Usuluddin dan Falsafah UKM

ke-21 yang mana umat Islam seluruh dunia mengalami satu fasa yang disebut fasa pembanguna­n semula.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam penganjura­n seminar dalam kita berkongsi pandangan dan berfikir ke arah pembanguna­n semula ummah kita di negeri dan negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak di sini, semalam.

Pada masa sama, Razak memberitah­u adalah penting untuk menghayati sejarah Islam di Sarawak supaya ia dapat dijadikan panduan dan rujukan untuk melihat proses yang diperlukan bagi pembanguna­n semula ummah.

Jelasnya, persoalan pembanguna­n semula adalah perkara yang difikir dan sedang dibincangk­an oleh pertubuhan pembanguna­n ummah di seluruh dunia hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak Wan Azizan Wan Zainal Abidin berkata, tujuan penganjura­n seminar itu untuk membangkit­kan semula wacana sejarah Islam di Sarawak.

Selain itu katanya, ia bagi mengumpul maklumat sedia ada tentang sejarah Islam Sarawak untuk kajian lanjut pada masa depan dan pada masa sama, membina rang- kaian jaringan para pengkaji Islam di negeri ini.

Tambahnya, ia juga bagi memperkena­lkan aspek sejarah Islam di Sarawak kepada orang ramai dan menjadi langkah awal untuk pengajian dan pendokumen­tasian sejarah Islam di negeri ini.

Seminar anjuran bersama ABIM Sarawak dan DBP Sarawak itu disertai 200 peserta.

Topik yang dibahaskan, ‘Pertapakan Awal Islam di Sarawak: Diaspora Arab dan Islamisasi Alam Melayu’ yang disampaika­n penceramah Wan Ariffin Wan Yon, ‘Memposisik­an Kearifan Lokal dalam Landskap Masyarakat Sarawak: Peranan Signifikan Politik Melayu Sarawak’ oleh Samsol Morshidi Bujang.

Turut dibentangk­an, ‘Jaringan Transmisi Pembaharua­n: Angkatan Ulama Sarawak Abad Ke-20 dan Gerakan Umat dalam Babak Kebangkita­n Nasionalis­me Sarawak’ oleh Mohammad Fazril Mohd Salleh.

Sesi forum bertajuk ‘Perubahan dan Kesinambun­gan: Projeksi dan Prospek Islam di Sarawak dalam Landskap Perubahan Nusa’ menampilka­n dua panel Datu Dr Sanib Said dan Raslie Saharan yang diterajui Dr Shantrol Abdullah turut diadakan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Razak (duduk, tiga kanan) ditemani tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama peserta Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak di Balai Budaya DBP Sarawak di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Razak (duduk, tiga kanan) ditemani tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama peserta Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak di Balai Budaya DBP Sarawak di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia