Utusan Borneo (Sarawak)

CIAST Bintulu anjur Program Jalinan Kasih di Kompleks PERYATIM Bintulu

-

BINTULU: Sebagai salah satu persediaan penting untuk menjadi pendidik dan berkongsi ilmu, Kampus Satelit Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Bintulu menganjurk­an Program Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim di Kompleks Kebajikan AnakAnak Yatim (PERYATIM) Bintulu di Kampung Jepak di sini, semalam.

Program itu merupakan salah satu daripada tujuh subjek kokurikulu­m Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) yang perlu dilaksanak­an oleh para pelajar CIAST Bintulu.

Pengurus projek merangkap Ketua Program Jalinan Kasih Sylvia Layah Jantai berkata, program itu bertujuan merapatkan hubungan antara para pelajar CIAST dengan 94 anak yatim di Kompleks PERYATIM Bintulu.

“Kami juga ingin berkongsi ilmu berkaitan terutamany­a pembelajar­an kemahiran vokasional dan sebagainya kepada anak-anak yatim ini,” tambahnya.

Selain itu katanya, ia sebagai landasan untuk meningkatk­an kesedaran pelajar CIAST agar menyayangi anak-anak yatim, memupuk semangat kerja berpasukan, aspek pemikiran kritikal, penyelesai­an masalah dan pendekatan saintifik, nilai sikap, etika dan profesiona­lisme.

“Para pelajar juga perlu mengaplika­sikan pengetahua­n, kemahiran dan nilai sivik serta kewarganeg­araan di luar institusi dan melahirkan pelajar yang patriotik.

“Ini penting untuk memupuk nilai bertanggun­gjawab kepada masyarakat dan negara, selain pendedahan tentang mengurus dan menguji kemahiran berkomunik­asi antara pelajar dan anak-anak yatim,” katanya.

Sementara itu, penolong pengurus projek Jamal Hamid berkata, program bertemakan ‘We Care We Share’ itu berobjekti­f melahirkan tenaga pengajar dalam kalangan pelajar CIAST Bintulu yang berkemahir­an.

“Kursus ini (VTO) penting memandangk­an para pelajar CIAST akan menjadi guruguru di institut kemahiran dan kolej-kolej vokasional selepas tamat pengajian nanti,” ujarnya semasa ditemui pada program sesi suai kenal berkumpula­n oleh 40 pelajar CIAST Bintulu bersama dengan anak- anak yatim semalam.

Beliau berkata, program itu juga antara latihan praktikal mereka sebelum tamat pengajian supaya mereka mampu menjadi tenaga pengajar ber- tauliah di pusat-pusat yang ditauliahk­an.

“Aktiviti kokurikulu­m ini merupakan satu modul pembelajar­an yang turut tersenarai dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dalam kursus VTO di CIAST,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan pada program tersebut antaranya sukaneka untuk pelajar yatim sekolah menengah, nyanyian dan mewarna untuk pelajar yatim sekolah rendah, menulis karangan, ceramah motivasi oleh guru SK Kidurong 2 Afendi Soon, ceramah pencegahan kebakaran dan demonstras­i memadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. KUCHING: Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man melawat salah seorang mangsa kebakaran di SK Batu Bungan, Mulu di Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam.

Mangsa, Nur Syuhada Azahari terselamat daripada kejadian tersebut yang mengorbank­an seorang rakannya, Catherine Janet Tiwi.

Nur Syuhada telah berkhidmat di sekolah berkenaan selama lebih tiga tahun.

Beliau baharu sahaja mendirikan rumah tangga sebulan lalu bersama pasanganny­a, Muhammad Rohaizad Abdul Rahim.

Pada lawatan tersebut, Mansor sempat meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk melihat keadaan mangsa yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Kebakaran HUS.

Beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Perkhidmat­an Tadbir dan Diplomatik (PPTD Sarawak) turut menyampaik­an sumbangan daripada persatuan kepada Nur Syuhada.

Turut hadir ialah ahli-ahli PPTD Sarawak.

 ??  ?? MESRA: Para pelajar Kampus Satelit CIAST Bintulu mengendali­kan sesi suai kenal bersama anakanak yatim di Kompleks PERYATIM Bintulu, semalam.
MESRA: Para pelajar Kampus Satelit CIAST Bintulu mengendali­kan sesi suai kenal bersama anakanak yatim di Kompleks PERYATIM Bintulu, semalam.
 ??  ?? SYLVIA
SYLVIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia