Utusan Borneo (Sarawak)

44 terima geran MRP daripada Dr Sim

-

KUCHING: Sebanyak 44 penerima terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan ( NGO), persatuan, kelab dan pelbagai jawatankua­sa di Sarawak menerima geran projek kecil luar bandar (MRP) daripada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian bagi tahun ini, semalam.

Majlis penyerahan diadakan di Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini.

Dr Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa dalam ucapan ringkasnya berkata, geran itu merupakan peruntukan daripada kerajaan kepada Ahli Dewan Undan- gan Negeri (ADUN) serta kementeria­nnya.

“Ia adalah sumbangan kecil daripada kerajaan untuk membantu persatuan, kelab dan NGO menjalanka­n aktiviti mereka.

“Terima kasih diucapkan kepada persatuan, kelab dan NGO di negeri ini kerana membantu kerajaan menjalanka­n aktiviti yang memberi impak postif kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

“Saya harap mereka akan meneruskan kerja baik kepada rakyat dan negeri ini,” katanya.

Menurutnya, Sarawak mempunyai 5,000 persatuan dan NGO termasuk pelbagai jawatankua­sa menjalanka­n akiviti kepada masyarakat.

“Untuk makluman, sebanyak 3,000 persatuan dan NGO di negeri ini memoho geran MRP daripada saya tahun lalu

“Saya tahu bukan senang untuk mendapatka­n sokongan bantuan terutama dalam menjalanka­n aktiviti kepada masyarakat, namun saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dengan membantu sebanyak mungkin kepada penerima geran,” katanya.

Beliau turut menasihati persatuan, kelab dan NGO untuk turut memohon dana MRP daripada wakil rakyat di kawasan masing-masing.

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Dr Sim menyampaik­an cek geran MRP kepada wakil penerima semalam.
GUNA SEBAIKNYA: Dr Sim menyampaik­an cek geran MRP kepada wakil penerima semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia