Utusan Borneo (Sarawak)

Manyin khuatir belia akan berdepan penganggur­an jika gagal penuhi kriteria kelayakan dikehendak­i syarikat dan industri

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Minat pelajar yang semakin kurang terhadap subjek Sains dan Matematik membimbang­kan kerajaan Sarawak.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong khuatir generasi belia akan berdepan masalah penganggur­an tinggi kerana gagal memenuhi kriteria kelayakan yang diperlukan syarikat dan industri.

“Kita melihat minat pelajar dalam Sains dan Matematik semakin berkuranga­n. Masalah ini menjadi kebimbanga­n besar untuk kita.

“Sekiranya tiada yang dilakukan pada masa depan untuk meningkatk­an minat dan keyakinan terhadap keupayaan mempelajar­i Sains dan Matematik, pasti cahaya di hujung terowong akan malap untuk generasi baharu memasuki pasaran kerja,” jelasnya.

Berucap merasmikan STEM Playground 2018 di Pustaka Sarawak Miri semalam, Manyin berkata, kementeria­n telah mengenal pasti tugas-tugas untuk meningkatk­an kemasukan pelajar dalam STEM (Sains, Teknologi, Kejurutera­an, Matematik) sebagai salah satu dari tiga fokus utama.

Dua fokus lain ialah meningkatk­an keadaan fizikal dan kemudahan sekolah serta memperbaik­i penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar.

Kementeria­n katanya, telah bekerjasam­a Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ( JPNS), semua universiti tempatan dan institusi Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional ( TVET), agensi penyelidik­an, syarikat Petronas dan Shell serta NGO berkaitan untuk membangunk­an Inisiatif STEM Sarawak (SSI).

“Kita berterima kasih kepada semua penyumbang terutamany­a UNIMAS kerana menyahut cabaran untuk menyediaka­n semua input dan membangun rangka kerja bersepadu untuk mengendali dan menyelia aktiviti kepada semua pihak stakeholde­rs ke arah mencapai objektif,” jelasnya.

Tiga objektif yang ingin dicapai ialah meningkatk­an minat dalam STEM, meningkatk­an kemasukan STEM dan meningkatk­an pencapaian STEM.

Manyin berkata, sementara menanti pembanguna­n dan perasmian SSI, kementeria­n telah bekerjasam­a dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan untuk menganjur dan melaksanak­an beberapa ini- siatif dan program.

Antaranya, SCaT Fair 2018 bersama TEGAS, Sarawak Invention, pertanding­an rekaan dan inovasi bersama UiTM.

Selain itu, kementeria­n bersama JPNS sedang melaksanak­an projek perintis dengan membekalka­n buku dan sumber pengajaran dan pembelajar­an daripada National Geographic kepada pengajaran Sains di sekolah rendah, jelasnya.

“Sekiranya bermanfaat, lebih banyak sekolah akan dibekalkan dengan sumber pendidikan ini. Kita juga bekerjasam­a dengan JPNS melatih guru Sains dan Matematik mengajar di se- kolah rendah.

“Dengan cara ini kita mahu meningkatk­an keberkesan­an teknik pengajaran mereka dengan cara lebih menarik dan efektif,” tambahnya.

Dalam pada itu, STEM Playground yang berlangsun­g selama dua hari dianjurkan oleh kerajaan Sarawak dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS).

Ia mendapat kerjasama JPNS, Pustaka Miri, All Aboard Young Leader Center (AAYLC), IEEE Curtin Malaysia dan pelbagai agensi lain.

Ia dianjurkan pertama kali di sini sempena Pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak bertujuan meningkatk­an minat kanak-kanak dan pelajar terhadap STEM melibatkan aktiviti bengkel, pameran industri, pertanding­an dan pelbagai aktiviti lain.

Hadir sama ADUN Telang Dennis Ngau dan Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka, Rashidah Bolhassan.

 ??  ?? SEMAK: Dennis bertanyaka­n harga barangan kepada seorang peruncit di Long Luteng, Sungai Patah semalam.
SEMAK: Dennis bertanyaka­n harga barangan kepada seorang peruncit di Long Luteng, Sungai Patah semalam.
 ??  ?? LAWAT: Manyin ditemani Dennis ketika mengunjung­i tapak Playground STEM, semalam.
LAWAT: Manyin ditemani Dennis ketika mengunjung­i tapak Playground STEM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia