Utusan Borneo (Sarawak)

Tanggungja­wab pendidik, PIBG kian teruji dalam pemodenan: Yussibnosh

-

MUKAH: Tanggungja­wab golongan pendidik serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kerap kali teruji ketika perubahan zaman ke arah pemodenan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo berkata, pendidik serta PIBG harus lebih bersedia untuk menghadapi kerenah pelajar melalui persekitar­an baharu.

“Pelajar ketika ini bukan seperti zaman dahulu kerana ramai telah terdedah dengan teknologi baharu,” ujarnya dalam Majlis Apresiasi Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers di sini, malam kelmarin.

Yussibnosh berkata, minda para pelajar telah terbuka luas ketika berdepan dengan Internet dan teknologi baharu dan ia membuatkan mereka tidak hanya bergantung kepada pembelajar­an dalam kelas sahaja.

Mereka kata Yussibnosh, kerap mempelajar­i sesuatu melalui dapatan yang diperolehi terutamany­a daripada Internet dan kadang-kadang membanding­kannya ketika di dalam bilik darjah.

“Perkara ini membuatkan para guru serta golongan pendidik harus mempunyai persediaan dan melebihi satu langkah ke hadapan ketika berdepan situasi seperti ini,” jelasnya.

Bagaimanap­un katanya, teknologi juga mempunyai sifat negatif yang perlu diatasi.

Beliau memberikan contoh kes buli yang boleh tular di media sosial dengan tidak mengambil masa lama.

Perkara seperti itu katanya, akan memberikan impak besar kepada pihak terlibat sama ada pelajar, sekolah, ibu bapa, pendidik serta masyarakat.

Oleh itu, beliau menyedari beban yang perlu digalas oleh golongan pendidik serta PIBG ketika ini bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan.

Sekali gus, ia dilihat sebagai salah satu yang memerlukan pengorbana­n serta keikhlasan yang pada akhirnya membawa kesejahter­aan kepada semua pihak terutamany­a kepada pelajar, katanya.

Majlis berkenaan diadakan untuk mengiktira­f golongan pendidik di SMK Three Rivers serta kakitangan sokongan dan ahli PIBG yang dilaksanak­an secara tahunan.

Antara aktiviti yang turut diadakan ialah persembaha­n nyanyian, tarian kebudayaan, cabutan bertuah dan juga penyerahan sijil penghargaa­n kepada guru subjek mata pelajaran.

Turut berucap adalah Yang Dipertua PIBG SMK Three Rivers Jamil Othman dan hadir sama Pengetua Jackson Abong Abit.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Yussibnosh (depan, lima kanan) bersama yang lain ketika memotong kek simbolik perasmian majlis tersebut.
RAIKAN BERSAMA: Yussibnosh (depan, lima kanan) bersama yang lain ketika memotong kek simbolik perasmian majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia