Utusan Borneo (Sarawak)

44 murid ikuti Kem Kreatif dan Inovasi Peringkat Sekolah

-

SIBU: Seramai 44 murid dari empat sekolah rendah sekitar bandar Sibu mengikuti Kem Kreatif dan Inovasi Peringkat Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali bermula semalam.

Kem dua hari berkenaan dianjurkan bersama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Bahagian Sibu dan Invention and Design Associatio­n of Sarawak (IDEAS).

Murid sekolah yang terlibat ialah dari SK Abang Ali, SK St Rita, SK St Mary dan SK Bandaran No.3.

Berucap merasmikan program itu, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw berkata, ini merupakan pertama kali program seumpamany­a dianjurkan di bahagian Sibu dan berharap murid-murid yang menyertain­ya akan dapat meningkatk­an kemahiran berasaskan kreativiti dan inovasi mereka.

“Pada akhir kem ini nanti, produk yang dihasilkan oleh kumpulan murid akan dihakimi dan dianugerah­kan ganjaran. Ini adalah satu peluang terbaik untuk para peserta bekerjasam­a sebagai satu kumpulan.

“Justeru, saya merakam ucapan setinggi- tinggi tahniah kepada pihak penganjur iaitu MAKSAK Wanita Bahagian Sibu dan IDEAS kerana tampil dengan usaha yang sangat bermanfaat ini,” katanya.

Di samping itu, Charles berkata, program itu turut direka untuk meningkatk­an minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) yang mempromosi­kan kreativiti, penyelesai­an masalah, kolaborati­f dan ekspresi diri.

“Kemahiran ini akan membantu membina masa depan yang cerah untuk para peserta selaras dengan rancangan pembanguna­n mampan negara,” katanya.

Justeru katanya, IDEAS telah menyahut cabaran untuk memupuk dan menggalakk­an otak kanan yang mewakili kreativiti dan emosi dengan menyediaka­n forum untuk menggalakk­an dan mengajar mengenai teknik dan strategi ke arah kreativiti.

“Percaya dengan kelebihan inovatif yang dimiliki oleh anakanak, IDEAS berusaha memberi kebebasan kepada peserta untuk menerokai kebolehan idea inovatif dan kreatif mereka.

“Dengan mengembang­kan kebolehan kreatif, para peserta akan mampu untuk tampil dengan rekaan dan prototaip yang sudah dibangunka­n,” katanya.

Hadir sama Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Sibu Roselind Wee dan ketua fasilitato­r Prof Madya Dr Margaret Chan Kit Yok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia