Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat seluruh Sarawak akan dapat mengetahui dengan lebih jelas bentuk bantuan TBS kepada golongan sasar

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) disaran memainkan peranan lebih aktif dalam menyampaik­an maklumat dan penerangan tentang bantuan yang disalurkan mereka.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini penting agar masyarakat di seluruh negeri dapat mengetahui lebih jelas akan bentuk bantuan yang diberikan bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

“Saya yakin dengan memberikan penerangan dan maklumat secara berterusan akan meningkatk­an lagi kerjasama daripada masyarakat yang layak membayar zakat untuk menunaikan tanggungja­wab masing-masing.

“Sokongan ini akan mem- bantu menambah dana TBS yang kemudian diagihkan kepada masyarakat terutama dalam kalangan umat Islam yang memerlukan,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke TBS di sini, kelmarin.

Peranan yang dimainkan TBS dalam membantu umat Islam dengan menyalurka­n pelbagai bantuan seperti kebajikan, pendidikan dan sebagainya, kata Dr Abdul Rahman, ternyata memberi kesan yang amat baik kepada masyarakat.

“Buktinya, sejak penubuhan TBS, mereka telah mendapat beberapa pingat pengiktira­fan dan anugerah dari pelbagai peringkat dalam negara dan luar negara.

“Justeru, tahniah kepada Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie dan semua kakitangan­nya atas kejayaan mengendali­kan organisasi ini dengan cemerlang,” ujar beliau.

Menurut Dr Abdul Rahman, kejayaan TBS amat terserlah dalam pengurusan sejak penubuhan sehingga diiktiraf oleh dunia, malah menjadi contoh kepada negara-negara lain.

“Hal ini sekali gus menggambar­kan bahawa pengurusan mengikut lunas Islam telah memberi satu pengiktira­fan membanggak­an untuk organisasi ini.

“Kita berharap TBS dapat mengekalka­n momentum kecemerlan­gan ini demi manfaat generasi akan datang,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

Saya yakin dengan memberikan penerangan dan maklumat secara berterusan akan meningkatk­an lagi kerjasama daripada masyarakat yang layak membayar zakat untuk menunaikan tanggungja­wab masing-masing. Dr Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Elektrik Luar Bandar

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman merakamkan gambar kenangan bersama Abang Mohd Shibli dan kakitangan TBS semasa mengadakan lawatan di organisasi Islam itu di Kuching, kelmarin.
UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman merakamkan gambar kenangan bersama Abang Mohd Shibli dan kakitangan TBS semasa mengadakan lawatan di organisasi Islam itu di Kuching, kelmarin.
 ??  ?? ERAT HUBUNGAN: Wong menyampaik­an cenderamat­a kepada Eom pada program lawatan ke Swinburne Sarawak di Kuching, baru-baru ini.
ERAT HUBUNGAN: Wong menyampaik­an cenderamat­a kepada Eom pada program lawatan ke Swinburne Sarawak di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia