Utusan Borneo (Sarawak)

392 pelajar cemerlang SPM dan STPM 2017 terima Anugerah Kewangan STA

-

SIBU: Seramai 392 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia ( STPM) tahun lalu menerima Anugerah Kewangan Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA) di sini, petang kelmarin.

Menurut Ahli Lembaga Jawatankua­sa Tetap STA Dato Sri Patrick Wong Haw Yeong, para pelajar yang terpilih terdiri daripada mereka yang memperoleh sekurangku­rangnya 8A untuk SPM dan 2A untuk STPM dalam keputusan peperiksaa­n 2017.

Setiap pelajar menerima wang tunai berjumlah RM550 (SPM) dan RM650 (STPM).

“Persatuan kami dengan sukacita ingin memaklumka­n bahawa jumlah penerima Anugerah Kewangan STA meningkat dengan ketara daripada 962 pada tahun lepas kepada 1,465 pelajar pada tahun ini.

“Sehingga kini, Anugerah Kewangan STA telah memberi manfaat kepada 3,044 pelajar, berjumlah kira-kira RM1.8 juta,” ujarnya.

Patrick berharap Anugerah Kewangan STA akan menjadi galakan dalam semua usaha masa depan mereka.

Beliau berkata, STA melalui anak syarikatny­a STA Mutual Sdn Bhd (STAM) menjalanka­n aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat sebagai sebahagian daripada usaha tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Patrick menambah, dalam usaha menyokong dan menggalakk­an pendidikan di Sarawak, STA menyediaka­n biasiswa dan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah, universiti dan pelbagai institusi pendidikan lain, dengan tumpuan kepada mereka yang melatih para pelajar dalam kemahiran berkaitan dengan industri perhutanan dan kayu-kayan.

“STA terus komited bekerjasam­a dengan syarikatny­a yang lain dan pelbagai agensi perhutanan untuk memperbaik­i persekitar­an pendidikan di negeri ini.

“Oleh itu, kerjasama antara Perbadanan Pembanguna­n Industri Kayu Sarawak (STIDC) dan STA Mutual Sdn Bhd (STAM) sejak tahun 2012 membolehka­n lebih kurang RM1.2 juta disalurkan ke sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar di Sarawak, di mana bantuan kewangan ini digunakan untuk meningkatk­an kemudahan sekolah, “katanya.

 ??  ?? TAHNIAH: Patrick menyampaik­an Anugerah Kewangan STA kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an yang lain.
TAHNIAH: Patrick menyampaik­an Anugerah Kewangan STA kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia