Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh delegasi dari Guro, Korea Selatan lawat Swinburne Sarawak

-

KUCHING: Seramai tujuh delegasi dari Pejabat Daerah Guro di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini mengadakan lawatan ke Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak).

Delegasi yang diketuai Pengerusi Pejabat Daerah Guro Park Chil Seong dan Timbalan Datuk Bandar Eom Yun Sook disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Innovation Malaysia Sdn Bhd (SWIM) Profesor Madya Wallace Wong bagi pihak Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak Profesor John Wilson.

Turut hadir, Pengarah Pembanguna­n Perniagaan dan Komunikasi Swinburne Sarawak James Ho dan kakitangan universiti.

Lawatan kampus itu adalah sebahagian daripada kunjungan rasmi delegasi ke Kuching atas jemputan Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) sempena Pesta Kuching.

Semasa lawatan itu, para delegasi diberi taklimat mengenai latar belakang universiti oleh Ho.

Beliau menjelaska­n 10 pelajar dari Korea Selatan sedang mengikuti pengajian mereka di Swinburne Sarawak, sebuah universiti Australia yang menawarkan pendidikan pada kadar berpatutan.

“SwinburneS­arawakmeny­ediakan kualiti pengajaran dan pembelajar­an yang sama sebagai kampus utama di Mel- bourne dan sebagai hasilnya, pelajar kami yang meneruskan program pertukaran ke kampus utama adalah antara pelajar berprestas­i terbaik dalam program masing-masing,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Ho menambah, kursus yang ditawarkan di universiti itu diiktiraf dan dikenali oleh badan-badan profesiona­l seperti Jurutera Australia, Persatuan Komputer Australia, CPA Australia, ACCA dan organisasi lain yang bereputasi tinggi.

Sementara itu, Wong yang menceritak­an tentang perjalanan­nya ke Daerah Guro pada tahun lalu berkata, beliau kagum dengan semangat dan motivasi keusahawan­an masyarakat Korea.

Pada lawatan itu katanya, beliau turut meluangkan masa melawat Universiti Dongyang Mirae di mana mereka belajar dan bertukar pengetahua­n tentang bidang-bidang menarik terutama kemunculan teknologi baharu di universiti terbabit.

Menyentuh perkara yang dibincangk­an oleh Wong mengenai teknologi seperti kamera terkini yang dipasang di seluruh jalan di Guro, Eom berkata ia dibina sebagai sebahagian inisiatif untuk memastikan kawasan sekitarnya selamat, bebas risiko dan bersih.

Bagi Park pula, beliau berpuas hati dengan lawatan itu dan menyaranka­n agar belia di Korea melanjutka­n pelajaran di Swinburne Sarawak. MIRI: Aktiviti gotong-royong di sekolah perlu terus diadakan untuk menggalakk­an para pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan dan menyemai semangat sukarela.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, aktiviti sedemikian juga mampu merapatkan silaturahi­m dalam kalangan warga sekolah serta ibu bapa menerusi aktiviti sihat.

“Gotong-royong ini juga dapat meningkatk­an semangat saling bekerjasam­a dan membantu dalam kita melakukan sesuatu aktiviti.

“Malah, ia juga antara aspek pendidikan penting yang tidak dapat kita pelajari dalam sesebuah buku, tetapi disemai menerusi kerjasama semua pihak yang terlibat,” ujarnya.

Ting berkata demikian pada program Gotong- Royong Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SMK Baru Miri di sini, semalam.

Hadir sama Pengetua SMK Baru Jerrah Pandin dan Yang Dipertua PIBG SMK Baru Iskandar Abdul Rahim.

Sehubungan itu, Ting memuji usaha penganjura­n PIBG sekolah terbabit yang mendapat sokongan dan penglibata­n memberangs­angkan daripada pelajar, guru serta ibu bapa.

“Sama ada penglibata­n pelajar, guru mahupun ibu bapa, ini adalah antara contoh terbaik dapat kita lihat dalam aktiviti gotong-royong seperti ini.

“Ia menunjukka­n anda semua sentiasa memberikan sokongan terbaik kepada sekolah, begitu juga pihak sekolah yang aktif dalam menganjurk­an pelbagai aktiviti demi pembanguna­n dan kesejahter­aan sekolah,” tambahnya.

Pada majlis sama, Ting turut mengumumka­n peruntukan bernilai RM5,000 bagi kegunaan PIBG untuk manfaat warga SMK Baru.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Abdul Karim (tiga kiri) ditemani James (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Park (dua kanan) pada majlis ‘Internatio­nal Friendship Cities Night 2018’ di MBKS, malam kelmarin.
TANDA INGATAN: Abdul Karim (tiga kiri) ditemani James (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Park (dua kanan) pada majlis ‘Internatio­nal Friendship Cities Night 2018’ di MBKS, malam kelmarin.
 ??  ?? RASMI: Ting (kiri) menanam anak pokok simbolik perasmian program Gotong-Royong SMK Baru Miri semalam sambil disaksikan Iskandar (tengah), Jerrah (kanan) serta yang lain.
RASMI: Ting (kiri) menanam anak pokok simbolik perasmian program Gotong-Royong SMK Baru Miri semalam sambil disaksikan Iskandar (tengah), Jerrah (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia