Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Mandarin Repok anjur larian amal bantu kanakkanak hidap kanser 2 Sept

-

SARIKEI: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Mandarin Repok Sarikei bersama Sarawak Children’s Cancer Society akan menganjurk­an ‘Run for CARE 2.0 and Go Bald’ pada 2 September depan.

Program akan diadakan pada 6 pagi, bertempat di Pusat Sivik Sarikei.

Objektif penganjura­n ialah membantu dan mengumpul dana untuk perubatan bagi kanakkanak yang menghidap kanser.

Program ini turut berfungsi memberikan sokongan moral kepada golongan yang menghidap kanser agar mereka tabah menghadapi cabaran dan meneruskan keazaman untuk berjuang menghadapi penyakit itu.

Pendaftara­n untuk menyertai program ditutup pada Jumaat, 10 Ogos ini.

Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50 untuk orang dewasa, manakala bagi pelajar sekolah mereka akan dikenakan yuran berjumlah RM35 setiap seorang.

Peserta akan menerima sijil penyertaan dan pingat bagi yang mendapat johan, naib johan dan pemenang tempat ketiga larian akan menerima sijil penyertaan dan pingat.

Bagi yang berminat dan ingin mendapatka­n maklumat lanjut mengenai program ini, mereka boleh menghubung­i pengerusi pengelola Ling Moh Hau menerusi talian 016-5794363, Ling Moh Fu (016-5729593), Eileen Wong ( 016- 8925856) dan Presiden JCI Stella Law (016-8805894).

Sementara itu, Kelab Rotary Sarikei akan turut menganjurk­an larian amal pada 9 September depan.

Larian akan bermula di Dewan Suarah Sarikei pada jam 6.30 pagi.

Program itu bertujuan untuk mengutip dana bagi disumbangk­an kepada badan- badan kebajikan dan golongan kurang berkemampu­an.

Bagi yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai program ini ataupun untuk mendapatka­n borang penyertaan, hubungi Robert Lau menerusi talian 019- 7578117 atau Wong ( 019- 8565767) pada waktu pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia