Utusan Borneo (Sarawak)

Tarikh keramat 22 Julai 1963 harus jadi pendorong rakyat capai kemajuan, pertahan hak Sarawak

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Kemerdekaa­n Sarawak pada 22 Julai 1963 harus menjadi pendorong kepada rakyat Sarawak untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negerinege­ri yang sudah maju dan mempertaha­nkan hak-hak Sarawak sebagai satu pihak yang melahirkan Malaysia.

Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abd Wahab berkata, kemerdekaa­n Sarawak perlu dihayati oleh setiap lapisan masyarakat dan bukan sekadar digambarka­n melalui perarakan dan perhimpuna­n semata-mata.

“Tarikh 22 Julai 1963 perlu diberi pengertian mendalam oleh seluruh rakyat Sarawak bagi membentuk masa depan yang lebih gemilang.

“Detik keramat itu mampu mendorong rakyat untuk terus bersatu tenaga bagi memastikan Sarawak terus mengecapi kemajuan,” ujarnya.

Yusuf berkata demikian pada program Sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak Peringkat Bahagian Sarikei di sini, semalam.

Majlis yang berlangsun­g di pekarangan Dewan Suarah Sarikei dimeriahka­n dengan kehadiran lebih 2,000 penduduk.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti perarakan bendera Sarawak, pertunjuka­n pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony Sarikei, acara kayuhan basikal dan senamrobik.

Yusuf berkata, kemajuan sesebuah negara bergantung dengan kekukuhan semangat perpaduan rakyatnya.

Justeru katanya, semangat dan perpaduan rakyat wajar dikekalkan agar Sarawak dan Malaysia terus harmoni, aman dan damai.

“Semua pihak perlu bersatu dan bersama-sama menggemble­ng bahu membawa kemajuan Sarawak ke arah lebih cemerlang pada masa depan.

“Rakyat juga perlu meraih peluang untuk memaju dan meningkatk­an kecerdasan fizikal dan memperbaik­i sahsiah di samping menjauhkan diri daripada gejala yang merosakkan.

“Rakyat Sarawak perluberfi­kir dan melihat masa depan dengan pandangan yang lebih jauh dan kreatif sekiranya ingin terus maju dan berjaya,” tegasnya.

Turut hadir Residen Bahagian Sarikei Mohd Junaidi Mohidin, Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Porkan Budiman, Pegawai Daerah Sarikei Christophe­r Renggau Unting, Pegawai Daerah Meradong Haron Mahidi dan Pegawai Daerah Julau Khalid Andong.

 ??  ?? KAYUHAN KEMERDEKAA­N: Yusuf (empat kiri) dan Mohd Junaidi (tiga kiri) melepaskan peserta berbasikal sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak Peringkat Bahagian Sarikei, semalam.
KAYUHAN KEMERDEKAA­N: Yusuf (empat kiri) dan Mohd Junaidi (tiga kiri) melepaskan peserta berbasikal sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak Peringkat Bahagian Sarikei, semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Harden (tiga kiri) menyampaik­an sijil pelantikan kepada Ling (lima kanan) yang dilantik sebagai Kapitan bagi kawasan DUN Simanggang sambil diperhatik­an Indit (empat kanan) serta yang lain pada majlis tersebut.
TAHNIAH: Harden (tiga kiri) menyampaik­an sijil pelantikan kepada Ling (lima kanan) yang dilantik sebagai Kapitan bagi kawasan DUN Simanggang sambil diperhatik­an Indit (empat kanan) serta yang lain pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia