Utusan Borneo (Sarawak)

10 ketua masyarakat di Sri Aman terima sijil pelantikan

-

SRI AMAN: Seramai sepuluh ketua masyarakat di Sri Aman menerima sijil pelantikan ketua masyarakat yang telah disampaika­n oleh Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis pada majlis di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Sri Aman di sini, pagi semalam.

Sembilan daripada ketua masyarakat tersebut adalah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang, manakala seorang lagi dari DUN Bukit Begunan.

Sembilan ketua masyarakat tersebut ialah Tuai Rumah Andrew Sah Ilok dari Nanga San, Tuai Rumah Buyung Malai dari Lepong Simpai, Tuai Rumah Jimmy Langi dari Bayai, Tuai Rumah Lang Sadai dari Kampung Sungai Putong Undop, Tuai Rumah Maria Lutang dari Sengelau, Tuai Rumah Silver Garit dari Kenyungan Undop dan Victoria Marudie dari Rampu Wie Undop.

Dua ketua masyarakat Cina dari kawasan DUN Simanggang yang menerima sijil pelantikan sebagai Kapitan pula terdiri daripada Ling Siew Hung dari kawasan Munggu Sabun dan Wilson Chai Siew Lin dari Brayun Ulu.

Manakala, ketua masyarakat dari kawasan DUN Bukit Begunan yang menerima sijil pelantikan ialah Penghulu Lee Thong Sen.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang ketika menyampaik­an ucapan ringkas pada majlis itu berharap mereka yang telah dilantik sebagai ketua masyarakat agar menjalanka­n tugas serta tanggungja­wab yang telah diamanahka­n sebaik mungkin.

Menurutnya, mereka merupakan jambatan perhubung antara rakyat dan wakil rakyat dan agensi-agensi kerajaan di bahagian ini.

“Saya berharap, selepas menerima pelantikan ini, anda semua bekerja keras dan membantu wakil rakyat serta agensi kerajaan lain bertemu rakyat, mengenal pasti masalah dan cuba membantu mereka mengutarak­an masalah kepada wakil rakyat di kawasan masing-masing,” katanya.

Justeru, beliau mengharapk­an rakyat di peringkat akar umbi memberi kerjasama sepenuhnya kepada ketuaketua masyarakat ini agar memudahkan segala tugas membantu rakyat di kawasan pentadbira­n mereka.

Hadir sama Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai, Temenggung Samuel Lawen, Temenggung Kuek Aik Seng, Pemanca Micheal John Sanggop, Pemanca Lee Siang Hua, Penghulu Tiong Chong Onn serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia