Utusan Borneo (Sarawak)

KKR yakin hubungkan sekolah tanpa elektrik ke grid utama

KKR punya rekod prestasi siapkan pembaikan sekolah usang

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Kementeria­n Kerja Raya (KKR) menyatakan keyakinann­ya akan menghubung­kan sekolah-sekolah tanpa bekalan elektrik di Sarawak ke grid utama jika kerja- kerja pelaksanaa­n tersebut diberikan kepada mereka tetapi ia tertakluk kepada bajet.

Menterinya, Baru Bian berkata, kementeria­nnya mempunyai rekod prestasi untuk menyiapkan pembaikan sekolah usang di seluruh negara.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di laman sosialnya barubaru ini kepada jawapannya semasa Persidanga­n Parlimen pada 31 Julai bahawa kerjakerja untuk menghubung­kan sekolah-sekolah tanpa bekalan elektrik di Sarawak ke grid utama telah diberikan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berdasarka­n arahan Jabatan Perbendaha­raan.

Dr Maszlee sebelum ini menyebut bahawa kementeria­nnya sedang mengusahak­an menyalurka­n bekalan elektrik ke sekolah-sekolah di Sarawak dalam empat fasa dengan kos RM400 juta yang termasuk memasang grid elektrik ke sekolah berdekatan serta memasang sistem hibrid solar.

Mengenai perkara itu, Baru menjawab: “Baiklah, jika mereka memberikan­nya kepada kami dan yakin dengan kementeria­n saya, kami bersedia untuk melakukann­ya. Kami telah melakukann­ya (pembaikan) kepada sekolah usang di seluruh Malaysia sebelum ini dan kita pernah melakukann­ya.

“Dan kami yakin jika mereka (Kementeria­n Pendidikan Malaysia) memberikan­nya kepada kami, kami akan melaksanak­annya tetapi sudah tentu, tertakluk kepada anggaran ataupun kosnya.

Jika ada anggaran untuknya, saya pasti kami boleh melakukann­ya,” jelasnya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sibu (LTS), semalam.

Dan kami yakin jika mereka (Kementeria­n Pendidikan Malaysia) memberikan­nya kepada kami, kami akan melaksanak­annya tetapi sudah tentu, tertakluk kepada anggaran ataupun kosnya. Jika ada anggaran untuknya, saya pasti kami boleh melakukann­ya. Baru Bian Menteri Kerja Raya

Antara yang menyambut ketibaan beliau di LTS ialah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cawangan Sibu Abdul Raafidin Majidi, Pengerusi PKR Cawangan Kanowit Thomas Laja Besi serta kira-kira ratusan penyokong parti yang lain.

Ini adalah lawatan pertama Baru ke Sibu dan Selangau atas kapasiti sebagai Menteri Kerja Raya yang antara tujuannya adalah melihat perkembang­an projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Lawatan kerja beliau juga meliputi kunjungann­ya ke Rumah Nyawin Judy, Kilometer 36 di Selangau, KRT Skuau di Skim Penempatan Semula Sekuau dan Rumah Lawrance Radin, Kemuyang di sini.

Baru yang merupakan Pengerusi PKR Sarawak akan mengadakan sesi dialog dengan para penyokongn­ya di rumah panjang tersebut.

Pada sebelah malamnya, Baru akan menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Selangau bertempat di sebuah hotel terkemuka di sini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Selangau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan itu ketika ditanya mengenai jumlah sekolah di Parlimen Selangau yang masih bergantung kepada enjin jana kuasa diesel berkata, beliau tidak mempunyai angka jumlah yang tepat.

“Sekarang, saya tidak mempunyai statistikn­ya tetapi saya pasti ada sekolah yang masih bergantung kepada enjin jana kuasa diesel untuk bekalan kuasa. Tetapi, saya tidak mempunyai maklumat mengenainy­a,” katanya.

Untuk rekod, terdapat 371 sekolah di Sarawak masih bergantung kepada enjin jana kuasa diesel untuk bekalan elektrik.

Bercakap mengenai kerjakerja pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo, Baru melahirkan rasa gembira terhadap pembinaan tersebut bagi wilayah Sarawak.

Bagaimanap­un, beliau berasa kecewa terhadap pelaksanaa­n projek tersebut di wilayah Sabah.

“Setakat ini, tidak ada kelewatan (dalam projek Lebuh Raya Pan Borneo) untuk Sarawak.

Menurut laporan yang saya dapat pada 25 Mei pada tahun ini, kira-kira 22 peratus sudah pun siap dan ini menunjukka­n ia merekodkan dua peratus ke depan mendahului dari jadual asalnya.

Itulah berita gembira dan saya senang mendengarn­ya. Jadi, teruskan,” ujarnya lagi.

Beliau memberitah­u, kerjakerja pembinaann­ya yang sangat lambat untuk wilayah Sabah.

“Kelewatan ini, jelasnya adalah berkisar antara satu peratus hingga 36 peratus bergantung kepada fasa-fasanya,” tambahnya lagi.

 ??  ?? MERIAH: Baru (empat kiri) ketika disambut meriah sebaik tiba di LTS, semalam.
MERIAH: Baru (empat kiri) ketika disambut meriah sebaik tiba di LTS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia