Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA sasar jualan di Malaysian Fest 2018 cecah RM180,000

-

GOPENG: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n ( FAMA) Perak menyasarka­n nilai jualan usahawan Perak pada Ekspo Pengguna ‘ Malaysian Fest 2018” di Changi, Singapura mencecah dolar Singapura $ 60,000 ( kirakira RM180,000).

Pengarahny­a, Basri Jasmo berkata sasaran itu mampu dicapai berdasarka­n kepada permintaan tinggi terhadap produk keluaran usahawan dari Perak serta bilangan pengunjung yang dijangkaka­n 200,000 orang sepanjang empat hari ekspo yang bermula 9 Ogos ini.

“Kita jangkakan jualan tahun ini meningkat 30 peratus berbanding tahun lepas dan antara produk keluaran usahawan Perak yang paling popular di sana adalah biskut kelapa, produk marin dan roti.

“Melihat trend jualan produk seluruh negara pada 2016 dan 2017, peningkata­nnya antara 15 dan 30 peratus dan ini menggambar­kan permintaan di sana semakin meningkat,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas majlis pelepasan produk asas tani Perak ke Singapura bagi Ekspo Pengguna ‘ Malaysian Fest 2018”, di Pusat Transforma­si Luar Bandar ( RTC) di sini, semalam.

Pelepasan itu disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam dan Infrastruk­tur, Pertanian dan Perladanga­n negeri, Abdul Yunus Jamahri. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporatio­n Sdn Bhd Zainal Abidin Yang Razalli.

Basri berkata 20 usahawan dari Perak terlibat dalam ekspo berkenaan dengan mengetenga­hkan 50 produk seperti makanan dan produk industri asas tani.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata usaha mempromosi produk usahawan Malaysia di Singapura tidak hanya pada sesuatu ekspo sahaja sebaliknya ia dilakukan secara berterusan.

“Agro Bazar Malaysia Pte. Ltd yang berperanan menjadi ejen pengedaran akan memilih mana- mana produk yang berdaya maju semasa ekspo ini untuk diedarkan kepada 12 outlet kita di pasaran Singapura,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia