Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba beri fokus utama kurangkan kematian akibat lemas

-

MELAKA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memberi fokus utama kepada pelaksanaa­n program keselamata­n di air bagi meningkatk­an kesedaran dan langkah pencegahan bagi mengurangk­an jumlah kematian akibat lemas dalam air.

Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid berkata ini kerana berdasarka­n statistik JBPM jumlah kematian lemas dalam air adalah lebih tinggi berbanding kematian akibat kebakaran sejak kebelakang­an ini.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas, 297 kematian akibat lemas dalam air direkodkan di seluruh negara berbanding 165 orang terkorban dalam kebakaran, sementara dalam enam bulan pertama tahun ini jumlah lemas dalam air melibatkan 215 orang berbanding lima orang maut dalam kebakaran.

“Kebanyakan insiden lemas berlaku dalam tempoh tersebut adalah di sungai atau tali air, diikuti pantai, tasik atau lombong, air terjun jeram dan pembentung.

“JBPM adalah agensi terlibat dengan insiden lemas, apabila kita respons kita hanya angkat mayat dan jarang mangsa selamat. Jadi kita sebenarnya lebih tahu masalah keselamata­n di air dan bagaimana mencegahny­a,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Kempen Keselamata­n Kebakaran Bomba Melaka di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid dan Pengarah JBPM Melaka Kamarulzam­an Malik Abdullah.

Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata program kempen keselamata­n di air akan menekankan dua elemen utama iaitu pendidikan dan penguatkua­saan bagi mencegah berlakunya insiden lemas.

Beliau berkata program tersebut juga akan melibatkan kerjasama pelbagai pihak antaranya pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan, pemain industri pelanconga­n dan agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Kita menghantar surat kepada Ketua Pengarah Pendidikan dan Unit Kurikulum agar beberapa modul berkaitan keselamata­n di air dapat diwujudkan dan kita akan menggunaka­n Kadet Siswa Bomba di sekolah sebagai perantara untuk modul berkenaan.

“Penguatkua­saan lebih ketat atau tegas juga perlu dilaksanak­an sekiranya makluman atau pencegahan awal tidak diikuti. Contohnya jika larangan mandi atau bermain di air diletakkan namun ia tidak dipatuhi maka tindakan undang- undang perlu dikenakan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Mohammad Hamdan (dua kiri) pada majlis pelancaran Kempen Keselamata­n Kebakaran di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Mohammad Hamdan (dua kiri) pada majlis pelancaran Kempen Keselamata­n Kebakaran di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia