Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pusat akan berusaha bawa pembanguna­n kepada rakyat Sarawak

-

SIBU: Kerajaan pusat akan berusaha membawa pembanguna­n kepada rakyat di negara ini dengan melaksanak­an projek pembanguna­n rakyat mengikut keutamaan dan keperluan disebabkan kekangan kewangan pada masa kini.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berharap, rakyat dapat memahami konsep pelaksanaa­n projek pembanguna­n ketika ini.

“Sepertiman­a kita sedia maklum, kerajaan pusat akan melaksanak­an projek pembanguna­n rakyat mengikut keutamaan demi kesejahter­aan rakyat.

“Oleh itu, saya berharap rakyat dapat memahaminy­a,” ujarnya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Nyawin, Tamin semalam.

Katanya, pembanguna­n seperti bekalan air bersih, pembanguna­n sekolah, klinik dan jalan raya di Sarawak tetap akan dilaksanak­an.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau turut menjelaska­n bidang kuasanya sebagai Menteri Kerja Raya kepada semua penduduk yang hadir pada majlis tersebut.

Sebagai Menteri Kerja Raya, menurutnya, beliau hanya mempunyai bidang kuasa ke atas empat perkara sahaja iaitu lebuh raya, jalan persekutua­n, jalan ke pelabuhan serta lapangan terbang dan jalan universiti.

Menurutnya, di Sarawak terdapat 36,000 kilometer jalan raya, daripada jumlah tersebut lebih 1,000 kilometer adalah jalan persekutua­n di bawah bidang kuasanya.

“Bagaimanap­un, jalan-jalan yang selebihnya termasuk jalan kampung adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kementeria­n pembanguna­n luar bandar dan kementeria­nkementeri­an yang berkaitan.

“Kita akan melakukan usaha yang terbaik dan menjalinka­n kerjasama dengan kerajaan negeri dan kementeria­n yang berkaitan demi manfaat dan kesejahter­aan kepada rakyat,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Baru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan meluluskan pembelian peralatan dapur untuk Biro Wanita Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Nyawin.

Turut diluluskan pembelian pam air untuk kegunaan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Balingian.

Hadir sama Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cawangan Sibu Abdul Raafidin Majidi, Penghulu Thomas Jawa dan Kaunselor Dali Merawing.

 ??  ?? APA KHABAR: Baru bersalaman dan bertanya khabar dengan penduduk yang hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Nyawin, semalam.
APA KHABAR: Baru bersalaman dan bertanya khabar dengan penduduk yang hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Nyawin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia