Utusan Borneo (Sarawak)

Kesedaran dalam kalangan orang ramai terutama golongan muda perlu dipupuk dari awal

-

BUKIT MERTAJAM: Program ‘MyMerdeka Sayangi Malaysiaku’ bersempena Bulan Kemerdekaa­n yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan dapat membuat rakyat kembali mengenang sejarah tanah air, kata Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembanguna­n Luar Bandar Dr Afif Bahardin.

Beliau berkata kesedaran dalam kalangan orang ramai terutama golongan muda perlu dipupuk dari awal kerana pemikiran yang cetek boleh menyebabka­n berlakunya perpecahan dan salah faham.

“Selain itu, penganjura­n program berkenaan diharap dapat membangkit­kan rasa cintakan negara tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik dalam kalangan masyarakat terutama pengunjung yang hadir hari ini (semalam),” katanya berucap merasmikan program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku di Mydin Bukit Mertajam, di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus, Setiausaha Bahagian Kanan Kementeria­n Komunikasi dan Mulimedia Datuk Samsuni Mohd Nor dan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

MyMerdeka Sayangi Malaysiaku merupakan program jelajah anjuran Jabatan Penerangan bertemakan Sayangi Malaysiaku bertujuan menyampaik­an informasi kenegaraan dalam bentuk hiburan bermakluma­t. Mydin adalah rakan strategik bagi program berkenaan.

Sementara itu Samsuni berkata Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku yang masuk tahun ketiga itu mampu mewujudkan masyarakat yang memiliki jati diri yang unggul, memahami dan menerima falsafah serta dasar-dasar negara.

Beliau berkata program itu adalah pameran berkonsepk­an komunikasi visual secara bersemuka yang mendapat kerjasama daripada pasar raya Mydin dan ia mampu memberikan kesedaran kepada pengunjung melalui penghayata­n secara visual yang memaparkan aspirasi atau hasrat kerajaan mewujudkan negara yang bersatu padu serta mengamalka­n toleransi antara kaum.

“Pelbagai pengisian menarik sepanjang tempoh pelaksanaa­n program itu antaranya

Selain itu, penganjura­n program berkenaan diharap dapat membangkit­kan rasa cintakan negara tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik dalam kalangan masyarakat terutama pengunjung yang

semalam).” hadir hari ini ( Dr Afif Bahardin Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembanguna­n Luar Bandar

pameran sejarah negara, pameran raja kita, pameran koleksi logo hari kebangsaan, sudut karikatur, persembaha­n pentarama, kuiz kenegaraan, sudut tayangan multimedia dan video kenegaraan serta layar bestari,” katanya.

MyMerdeka Sayangi Ma- laysiaku akan dilaksanak­an di zon tengah (Mydin USJ, Subang Jaya 16-19 Ogos), zon barat (Mydin Meru Raya, Ipoh 30 Ogos-1 Sept), zon selatan (Mydin Mutiara Rini, Johor 6-8 Sept) dan Sarawak ( Mydin Petrajaya 14- 16 Sept). — Bernama NILAI: Mahasiswa bidang kemahiran dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu melakukan anjakan paradigma bagi menghadapi kemajuan dan perubahan yang dibawa Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kata Presiden Institut Pakar Logistik dan Pengangkut­an Malaysia (CILT) Datuk Abd Radzak Abd Malek.

Beliau berkata bagi mencapainy­a dan bergerak ke arah tersebut, negara memerlukan modal insan yang pintar dan menguasai elemen 4C iaitu Pemikiran Kritis dan Penyelesai­an Masalah; Komunikasi, Kerjasama dan Kreativiti bagi membolehka­n pembanguna­n negara dapat digerakan secara holistik.

“Pemangkin revolusi perindustr­ian dalam bidang pembuatan secara amnya adalah berteraska­n kemajuan dalam bidang robot, data raya, percetakan 3D, keselamata­n siber, simulasi dan integrasi digital yang dilihat bagi mewujudkan kilang pintar.

“Apabila pelajar dan graduan sudah bersedia, mereka tidak akan terkejut dengan tuntutan industri yang semakin berkembang apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n serentak Politeknik Nilai, Politeknik Banting, Selangor dan Politeknik METrO Kuala Lumpur yang diadakan di Dewan Sri Putera, Politeknik Nilai di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Zainab Ahmad, Pengarah Politeknik Nilai Lt Kol Nazri Idris, Pengarah Politeknik METrO Kuala Lumpur Hikmatulla­h Hajid Ahmad Khan dan Pengarah Politeknik Banting Dr Norhayati Zakaria.

Pada majlis itu, Abd Radzak menyampaik­an diploma kepada seramai 885 graduan.

Sementara itu, Alif Faisal Azmi, 22, daripada Politeknik Nilai yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.91 dinobatkan sebagai pelajar terbaik dengan menerima Anugerah Pengarah Politeknik Nilai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia