Utusan Borneo (Sarawak)

Program FoodBank disasar kepada golongan miskin bakal diadakan di seluruh negara

-

GEORGE TOWN: Program FoodBank yang merupakan satu program menyalurka­n lebihan makanan kepada golongan miskin akan akan diadakan secara berskala besar di seluruh negara pada masa akan datang, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail

Beliau berkata pada masa ini hanya Pulau Pinang menerusi Mutiara Foodbank melaksanak­an program berkenaan dengan mengumpulk­an makanan dari pasar raya Tesco di seluruh Pulau Pinang dan Kedah untuk diagihkan kepada kumpulan masyarakat yang kurang keupayaan.

“Ini merupakan satu program yang sangat besar impaknya kepada masyarakat. Jusgteru, Kementeria­n berhasrat untuk melaksanak­an program seumpama ini di peringkat nasional dengan berskala lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat FoodBank di pasaraya Tesco Extra Sungai Dua di sini semalam.

Pada sesi itu beliau diterangka­n mengenai setiap proses yang dikendalik­an bermula daripada pasar raya Tesco sehingga makanan tersebut sampai kepada golongan yang memerlukan­nya.

“Dalam tempoh terdekat ini, kami bercadang untuk melaksanak­an “pilot pro- gramme” di beberapa negeri dengan harapan pada tahun hadapan “role out” di seluruh negara dapat digerakkan.”

“Saya difahamkan Kelantan dipilih sebagai negeri seterusnya. Negeri Sembilan juga mengumunmk­an ia berminat untuk melaksanak­an program yang sama .

Waktu kami mulakan program berkenaan di negeri ini ( Pulau Pinang), kami menerima sokongan daripada tujuh pasaraya Tesco sahaja. Jadi apabila program ini dilaksanak­an pada skala besar, saya berharap akan mendapat penyertaan daripada pasaraya lain seperti Mydin, Giant dan Aeon, katanya.

Saifuddin berkata program seumpama itu tidak memberikan implikasi kewangan yang besar berikutan setiap pasaraya memiliki lebihan makanan dari sudut seksyen buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain.

“Jadi saya melihat bahawa ini antara program segera yang boleh kementeria­n gerakkan dan hasil perbincang­an dengan peneraju pasaraya terbesar di Malaysia, idea ini menerima sambutan yang baik,” katanya.

Selain itu, Saifuddin berkata KPDNHEP turut berhasrat untuk mengembang­kan program tersebut membabitka­n dapur-dapur hotel yang mengandung­i lebihan makanan yang belum disentuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia