Utusan Borneo (Sarawak)

Delegasi kolej dari China intai peluang kerjasama dengan IPT di Perlis

-

BALING: Penuntut jurusan Sijil Pengoperas­ian Perniagaan di Kolej Komuniti Kulim, Nur Akma Amali Abdul Rahman, 20, membuktika­n bahawa sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) bukanlah penghalang untuk dia terus menimba ilmu ke peringkat lebih tinggi.

Nur Akma Amali yang diuji dengan penyakit Cerebral Palsy sejak lahir, mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dalam talian, selepas tamat peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) pada 2015, sebelum membuat keputusan untuk menyambung pengajian ke Kolej Komuniti pada 2016.

Anak sulung daripada dua beradik anak pasangan pesara tentera, Abdul Rahman Ahmad, 52, dan guru, Sarina Hassan, 46, berkata, dia memulakan perniagaan dalam talian dengan menjual produk-produk seperti minyak wangi, beg tangan, tudung dan pakaian.

“Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan mendorong saya menyambung pengajian… malah saya juga turut mengikuti kursus dan bengkel berkaitan keusahawan­an dan perniagaan.

“Alhamdulil­lah, hari ini saya berjaya menamatkan pengajian dan ditawarkan untuk mengikuti pengajian peringkat diploma dalam bidang perniagaan di Politeknik Kulim, Disember ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesye­n Kolej Komuniti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, di Universiti Islam Antarabang­sa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS), Kuala Ketil, di sini, semalam.

Nur Akma Amali, seorang daripada 34 penuntut OKU yang menerima sijil pada majlis konvokesye­n hari ini berkata, ibu bapa, rakanrakan serta tenaga pengajar di Kolej Komuniti merupakan insan yang banyak berjasa sepanjang dia belajar di situ.

“Bukan mudah untuk bergelar graduan dengan keadaan diri yang tidak sempurna seperti insan lain, namun mereka banyak memberi sokongan untuk melihat saya berjaya… saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua... semoga usaha saya ini dapat menjadi pembakar semangat kepada insan istimewa yang lain. — Bernama ARAU: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l berkenan menerima sembah menghadap delegasi dari Kolej Sam Ma Pao Yunnan, China, yang berhasrat mengadakan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi di negeri ini.

Dalam pertemuan itu, kolej berkenaan menyatakan minat untuk mengadakan program pertukaran pelajar dan kursus jangka pendek dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Selain itu, pihak kolej turut mengintai peluang untuk menjalin kerjasama dengan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin selaku Canselor UniMAP dan Yang Dipertua MAIPs berti- tah jalinan kerjasama itu diharap mampu meningkatk­an keberhasil­an dan pencapaian pelajar bagi melahirkan graduan yang berupaya memberi impak serta transforma­si kepada masyarakat.

“Masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada seluruh institusi pengajian tinggi dalam melahirkan tenaga kerja yang berinovati­f, mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi, menguasai pelbagai bahasa dan berupayabe­rkomunikas­idengan berkesan, serta celik teknologi,” titah baginda pada majlis sembah menghadap di Galeri Diraja dekat sini, kelmarin.

Kolej Sam Ma Pao beroperasi lebih 40 tahun di bandar Kunming, China, memberi pengkhusus­an dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab hingga ke peringkat diploma. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia