Utusan Borneo (Sarawak)

Iltizam sembilan sekeluarga membawa mereka ke Tanah Suci bersama

-

MEKAH: Iltizam sembilan sekeluarga dari Ampang mendaftar haji serentak pada 12 tahun lalu membuahkan hasil apabila kesemua mereka dipilih untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadat haji tahun ini.

Noor Hilali Hussain, 58, melahirkan rasa syukur apabila doanya di Masjidil Haram semasa menunaikan ibadat haji bersama suami Wan Abdul Hamid Wan Mohamad, 60, pada tahun 2000 telah termakbul.

“Semasa saya datang dengan suami dulu (tahun 2000), masa itu kami menunaikan fardu haji. Saya berdoa di dalam Masjidil Haram supaya Allah SWT jemput lagi saya ke sini, bersama-sama dengan anak-anak.

“Alhamdulil­lah, tahun ini Allah jemput lagi saya ke sini, kali ini bersama kesemua anak saya,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam.

Sebaik sahaja pulang dari Tanah Suci pada tahun 2000, Hilali dan suaminya telah membuka akaun Tabung Haji untuk anak-anak mereka dan mula menyimpan wang sehingga mereka sekeluarga mencapai nilai minimum untuk mendaftar haji pada 2006.

Wan Abdul Hamid bagaimanap­un tidak dapat menyertai keluargany­a ke Tanah Suci pada kali ini walaupun telah mendapat surat tawaran daripada TH berikutan terdapat beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan di tanah air.

Tahun ini, Noor Hilali sekali lagi berpeluang ke Tanah Suci bersama lapan anaknya, Wan Abdullah Shahid, 33, Wan Abdullah Shakir, 30, Wan Abdullah Shahir 28, Wan Iman Nawwarah, 23, Wan Abdullah Shamil, 21, Wan Abdullah Shamim, 19, Wan Abdullah Shabil, 17, dan Wan Abdullah Sharaf, 16.

Menurut Wan Abdullah Shamil, penuntut di Sekolah Menengah Islam Darul Ulum, Kedah, pada mulanya rakanrakan beliau tidak percaya bahawa beliau bakal menunaikan haji pada tahun ini kerana usianya masih muda.

“Kawan-kawan pun banyak yang sebaya dengan saya dan kebanyakan dari mereka belum pun mendaftar haji sebab kebiasaann­ya tidak ada orang yang mendaftar untuk haji pada usia muda seperti saya dan adik-adik.

“Bila sudah sampai ( ke Tanah Suci) dan saya kongsikan gambar saya di sini ke- pada mereka, barulah mereka percaya bahawa saya benarbenar pergi menunaikan haji tahun ini,” katanya.

Bagi Wan Iman Nawwarah pula, beliau agak takut dan tidak yakin untuk datang ke Tanah Suci semasa mula-mula menerima surat tawaran dari TH.

“Pada usia yang muda, saya bimbang saya tidak mampu untuk melaksanak­an ibadat haji kerana saya rasa saya masih belum bersedia dari segi mental, fizikal dan pengetahua­n berkenaan ibadat haji itu sendiri,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SYUKUR: Noor Hilalidan lapan anaknya yang berumur antara 16 hingga 33 tahun bersyukur dapat menunaikan fardu haji serentak pada tahun ini di Mekah.
— Gambar Bernama SYUKUR: Noor Hilalidan lapan anaknya yang berumur antara 16 hingga 33 tahun bersyukur dapat menunaikan fardu haji serentak pada tahun ini di Mekah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia