Utusan Borneo (Sarawak)

840,000 PATI serah diri menerusi Program 3+1: Mustafar

Kaunter Imigresen di seluruh negara beroperasi cuti hujung minggu dari jam 8 pagi hingga 5 petang

-

PUTRAJAYA: Kira- kira 840,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) tampil menyerah diri menerusi Program Penghantar­an Pulang PATI Secara Sukarela ( 3+ 1) sejak program itu diperkenal­kan pada 2014 hingga kini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga pihaknya mengutip kira-kira RM400 juta dalam bentuk kompaun.

“Program ini dianggap sangat berjaya kerana ia menjimatka­n kos kerajaan kerana kita tidak perlu menangkap dan menempatka­n mereka di depoh tahanan serta perlu menanggung makan, minum dan kos perubatan mereka,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Mustafar berkata bagi tahun ini sahaja, 148,774 PATI menyerah diri bawah program itu.

Bagi memastikan kelancaran program 3+ 1 yang

Program ini dianggap sangat berjaya kerana ia menjimatka­n kos kerajaan kerana kita tidak perlu menangkap dan menempatka­n mereka di depoh tahanan serta perlu menanggung makan, minum dan kos perubatan mereka.

tamat pada 30 Ogos ini, beliau berkata kaunter Imigresen di seluruh negara beroperasi pada cuti hujung minggu dari jam 8 pagi hingga 5 petang, bermula kelmarin.

Sehubungan itu beliau menyeru PATI agar mengambil peluang yang masih ada untuk tampil di bahagian penguat kuasa Jabatan Imigresen bagi menyertai program 3+1 berkenaan.

“Mulai 31 Ogos kita cuba ‘merdekakan’ Malaysia daripada PATI bagi mengambil semangat Hari Kemerdekaa­n. Kita akan meneruskan op- erasi untuk menahan PATI yang masih ada di negara ini selepas program 3+1 tamat,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata bagi tempoh 1 Jan lalu hinggga Khamis lepas (2 Ogos), jabatan itu telah menjalanka­n 8,694 operasi di seluruh negara.

Katanya sebanyak 108,000 pekerja asing telah diperiksa dan 26,200 PATI serta lebih 700 majikan telah ditahan.

“Kita tiada anggaran jumlah PATI kerana mereka berubah wajah sekejap sahaja. Hari ini dia datang dengan visa pelajar, esok dia kerja sebagai pegawai perkhidmat­an pelanggan (GRO), maka mereka adalah PATI,” katanya ketika ditanya mengenai jumlah PATI yang masih ada di negara ini.

Dalam pada itu, Mustafar berkata majikan dan PATI terlibat dalam Program Rehiring yang gagal menjelaska­n bayaran kompaun dalam tempoh ditetapkan akan disenarai hitam melalui biometrik (BioSL) bermula 1 Sept ini.

“Pesalah yang disenarai hitam tidak akan dikeluarka­n pasport dan dokumen perjalanan, tidak dibenarkan meninggalk­an negara dan tidak dapat melakukan sebarang urus niaga di Jabatan Imigresen,” katanya.

Mustafar berkata Jabatan Imigresen memandang serius sikap sambil lewa pesalah yang gagal menjelaska­n kompaun itu yang tertakluk di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. — Bernama

Datuk Seri Mustafar Ali Ketua Pengarah Imigresen

 ?? — Gambar Bernama ?? HANTAR PULANG: Mustafar melihat perlaksana­an program penghantar­an pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) secara sukarela (Program 3+1) pada cuti hujung minggu di Jabatan Imigresen Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama HANTAR PULANG: Mustafar melihat perlaksana­an program penghantar­an pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) secara sukarela (Program 3+1) pada cuti hujung minggu di Jabatan Imigresen Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia