Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan Malaysia kelima ditahan di Indonesia dibebaskan

-

JOHOR BAHRU: Sambutan Aidiladha tahun ini amat bermakna bagi nelayan, Kamaruzama­n Awi, apabila dibebaskan setelah ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak April tahun lepas, dan selamat tiba di tanah air kelmarin.

Kamaruzama­n, 47, yang berasal dari Dungun, Terengganu dipenjarak­an di Pangkalan Penguatkua­sa Laut Indonesia, Lanal Tarempa, Kepulauan Riau setelah ditahan di perairan negara itu.

Beliau yang tiba di Jeti Stulang di sini kira-kira jam 3.30 petang kelmarin selepas menaiki feri dari Tanjung Pinang, amat bersyukur dan gembira kerana dapat kembali ke tanah air.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas pertolonga­n dalam usaha memudahkan proses pembebasan saya.

“Insya- Allah, saya akan kembali ke Dungun hari ini (semalam) dan berharap dapat meneruskan semula pekerjaan ini kerana ia sumber rezeki saya dan keluarga,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Kamaruzama­n yang menjadi nelayan selama lebih 20 tahun berkata sepanjang berada dalam tahanan, beliau dilayan dengan baik oleh pihak berkuasa negara itu dan tiada gangguan fizikal terhadapny­a.

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata kejayaan pembebasan ini adalah hasil rundingan berterusan melalui kerajaan kedua-dua negara.

Beliau berkata, lima nelayan Malaysia yang ditahan di perairan negara itu telah dibebaskan sepanjang tahun ini, manakala seorang lagi dijangka dibebaskan bulan depan.

“Masalah ini masih kerap berlaku kerana isu kesamaran sempadan laut… sukar untuk kita menentukan sempadan laut kita dengan laut mereka yang luas.

“Ini menyebabka­n bot negara kita (secara tidak sengaja) masuk ke perairan mereka dan begitu sebaliknya, jadi saya yakin isu ini akan terus dibincangk­an oleh kerajaan kedua-dua negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS: Salahuddin (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Kamaruzama­n (dua kanan) yang ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak April tahun lepas ketika mengadakan pertemuan di Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama BEBAS: Salahuddin (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Kamaruzama­n (dua kanan) yang ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak April tahun lepas ketika mengadakan pertemuan di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia