Utusan Borneo (Sarawak)

Pengendali makanan MRSM Taiping berdepan tindakan undang-undang

-

IPOH: Tindakan undangunda­ng akan diambil terhadap pengendali makanan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping berhubung kes keracunan yang berlaku di sekolah berkenaan barubaru ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata tindakan itu susulan pengendali berkenaan tidak mengikut prosedur ditetapkan seperti penjagaan dan kualiti kebersihan makanan, mengambil suntikan vaksin selain tidak memiliki sijil kursus pengendali­an makanan.

“Disebabkan kes keracunan ini sudah berulang kali berlaku, kita akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali makanan tersebut.

“Jabatan Kesihatan negeri akan melakukan saringan kesihatan terhadap pengendali makanan bagi mengenal pasti beberapa punca yang menyebabka­n berlakunya keracunan makanan ke atas pelajar sekolah itu,” katanya.

Dr Lee yang juga Ahli Parlimen Gopeng bercakap kepada pemberita selepas menerima sumbangan sebanyak RM8,000 daripada Perak Government Manufactur­ing Associatio­n untuk Tabung Harapan Malaysia.

Dalam pada itu, Dr Lee berkata pihaknya memandang serius akan kekerapan kejadian keracunan makanan di kantin sekolah berkenaan dalam tempoh tidak sampai sebulan.

“Keracunan makanan ini tidak boleh dipandang ringan kerana keselamata­n makanan menjadi tanggungja­wab bersama dan tidak hanya terletak bawah tanggungja­wab kementeria­n semata-mata.

“P i h a k p e n g e n d a l i makanan sepatutnya sentiasa memantau dan menjaga tahap kebersihan di kantin sekolah itu bagi memastikan kejadian keracunan makanan tidak berlaku,” katanya.

Dua kes keracunan makanan dilaporkan berlaku di MRSM Taiping dalam tempoh sebulan dengan kes pertama pada 12 Julai lalu melibatkan 40 orang pelajar, manakala kes terbaharu pada 31 Julai melibatkan 103 pelajar.

Siasatan awal mendapati punca keracunan makanan terbaharu itu adalah daripada mi rojak yang dimakan pelajar pada 31 Julai lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia