Utusan Borneo (Sarawak)

Taman tema tarikan sepanjang masa untuk pelancong di Langkawi: PM

-

LANGKAWI: Taman tema dapat menjadi satu lagi produk yang boleh dimajukan di Langkawi untuk menarik lebih ramai pelancong sepanjang masa di pulau ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Katanya, pulau ini masih mempunyai keluasan tanah yang mencukupi untuk digunakan bagi memulakan projek seumpama ini dan beberapa syarikat Malaysia sudah menunjukka­n keupayaan untuk melaksanak­annya.

“Ramai sudah memasuki bidang ini (mengusahak­an taman tema) dan mereka telah berjaya mendapat sambutan yang baik,” katanya ketika berucap merasmikan Langkawi Nature Park, sebuah taman semula jadi yang menjadi tarikan pelanconga­n terbaharu di pulau ini.

Menurutnya penganjura­n acara-acara antarabang­sa seperti Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi ( LIMA) yang diadakan sejak 1990-an telah berjaya menarik jumlah pelancong yang ramai tetapi ini hanya berlaku dalam beberapa hari sahaja.

“LIMA hanya diadakan untuk empat hari sahaja. Kita mahukan projek pelan- congan yang boleh menarik ramai pelancong sepanjang tahun dan ini dapat dilakukan melalui projek taman tema,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata kerajaan pimpinanny­a mempunyai beberapa perancanga­n untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau ini.

Antaranya penyediaan kemudahan untuk produk pelanconga­n di kawasan pergununga­n dan pulau di sekitar Langkawi.

Beliau berkata kawasan paya bakau di sini juga menjadi tarikan yang unik dan perlu disediakan dengan kemudahan yang sesuai untuk membolehka­n pelancong menikmatin­ya.

“Kawasan mangrove (paya bakau) ini akan kita cuba terus kekalkan tetapi kita perlu adakan banyak lagi kemudahan untuk pelancong. Kalau ( paya bakau ini) menarik tetapi tidak dapat dilihat, tiadalah gunanya,” katanya.

Dr Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, turut dibawa melawat sekitar kawasan taman itu yang memiliki lebih 80 spesies haiwan dari dalam dan luar negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia