Utusan Borneo (Sarawak)

Galakkan kedatangan lebih ramai pelancong untuk tingkat sosioekono­mi penduduk

-

LANGKAWI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengisytih­arkan had belian barangan bercukai untuk pelancong dari tanah besar yang membeli- belah di Langkawi dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.

Dr Mahathir, yang juga Anggota Parlimen Langkawi, berkata langkah itu bagi menggalakk­an kedatangan lebih ramai pelancong ke pulau itu, sekali gus meningkatk­an sosioekono­mi penduduk setempat.

“Saya belum dapat kelulusan daripada rakan-rakan saya dalam kerajaan berkenaan banyak mana penduduk dari tanah besar boleh beli di Langkawi dan bawa ke tanah besar.

“Tapi walaupun belum dapat kelulusan saya nak juga isytihar di sini bahawa kita akan membenarka­n pelancong dari tanah besar yang beli-belah di Langkawi ini, mereka tak payah bayar cukai ( jika berbelanja sehingga) RM1,000, bukan RM500 (sebelum ini),” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di Langkawi City di sini hari ini.

Bagaimanap­un beliau berkata had itu tidak termasuk untuk barangan seperti arak dan rokok yang membahayak­an kesihatan.

Dr Mahathir yang mengulangi jaminan bahawa pulau itu akan kekal dengan taraf bebas cukai berkata, Langkawi walaupun terkenal sebagai destinasi pelanconga­n dunia, namun masih memerlukan lebih banyak pelaburan dari luar.

“Kita masih perlukan banyak pelabur untuk adakan projek dan membina kilang maka (agar) orang Langkawi akan dapat peluang kerja dan dapat gaji seterusnya meningkatk­an pendapatan mereka, tapi kenalah buat kerja.

“Kerajaan dulu senang tak buat kerja pun dia bagi duit, tapi kita tak curi duit, bila tak curi duit nak bagi duit percuma susah sikit, tapi saya yakin orang Langkawi ini rajin-rajin belaka, mereka akan bekerja dan harap saraan yang baik dari majikan mereka,” katanya.

Sehubungan itu beliau turut menyeru seluruh penduduk di parlimen itu agar melayan pelancong yang datang bercuti di pulau itu dengan baik supaya imej Langkawi di mata dunia dapat dinaikkan lagi sekali gus menarik lebih ramai pelancong.

Terdahulu, Dr Mahathir meninjau pusat khidmat beliau yang terletak di Langkawi City dan beramah mesra bersama lebih 500 penduduk yang hadir di majlis itu. — Bernama

Tapi walaupun belum dapat kelulusan saya nak juga isytihar di sini bahawa kita akan membenarka­n pelancong dari tanah besar yang beli-belah di Langkawi ini, mereka tak payah bayar cukai ( jika berbelanja sehingga) RM1,000, bukan RM500 (sebelum ini). Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia