Utusan Borneo (Sarawak)

PM lawat Hospital Langkawi

-

LANGKAWI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengadakan lawatan singkat ke Hospital Langkawi di sini.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Hospital Langkawi Dr Mansor Ismail yang kemudian menyampaik­an taklimat mengenai hospital berkenaan.

Dr Mansor turut menyampaik­an potret lama Dr Mahathir yang dirakam sewaktu Ahli Parlimen Langkawi itu menyandang jawatan pegawai perubatan di pulau ini lebih 60 tahun lepas sebagai cenderahat­i.

Dr Mahathir kemudianny­a dibawa meninjau beberapa buah wad di hospital berkenaan.

Perdana menteri yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di sini malam kelmarin untuk lawatan rasmi sehari yang menyaksika­n antara lain beliau merasmikan Langkawi Nature Park, sebuah taman alam semula jadi di Kampung Belanga Pecah serta Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Langkawi di Kuah. — Bernama PASIR PUTEH: Industri Kenaf akan lebih terserlah sebagai komoditi baharu apabila kilang memproses kenaf bernilai RM25 juta di Setiu, Terengganu mula beroperasi Mac tahun depan, kata Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata kilang berkenaan mampu memproses lebih 2,000 tan metrik kenaf setahun.

Setakat ini, dua pusat pemprosesa­n kenaf telah diwujudkan iaitu di Rompin, Pahang dan Kampung Air Tawar di sini, masing-masing mampu menghasilk­an 1.8 juta tan metrik fiber kenaf setahun, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemprosesa­n Kenaf Kampung Air Tawar di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Samsudin Noor.

Shamsul Iskandar berkata setakat ini, seramai 1,500 petani mengusahak­an tanaman kenaf membabitka­n kawasan seluas 600 hektar di beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Beliau berkata pihak kementeria­n akan menjalanka­n kempen bagi menggalakk­an generasi muda menceburi industri kenaf yang menjan- jikan pendapatan lumayan.

Katanya kementeria­n akan terus memberikan insentif kepada petani terbabit sebanyak RM2,300 bagi setiap sehektar tanaman termasuk upah membajak dan bekalan benih.

Berhubung kejatuhan harga getah, Shamsul Iskandar berkata kementeria­nnya sedang mengkaji punca kejatuhan itu yang turut dirasai oleh negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Shamsul Iskandar (tengah) melihat batang Kenaf yang belum diproses semasa mengadakan lawatan di Pusat Pemprosesa­n KENAF IN-SITU (PPKI) di Kampung Air Tawar dekat Pasir Puteh, semalam. Turut hadir Samsudin (kanan).
— Gambar Bernama TERTARIK: Shamsul Iskandar (tengah) melihat batang Kenaf yang belum diproses semasa mengadakan lawatan di Pusat Pemprosesa­n KENAF IN-SITU (PPKI) di Kampung Air Tawar dekat Pasir Puteh, semalam. Turut hadir Samsudin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia