Utusan Borneo (Sarawak)

Ikon penyiaran negara, Mahadzir Lokman selamat dikebumika­n

-

KUALA LUMPUR: Jenazah ikon penyiaran negara Allahyarha­m Datuk Mahadzir Lokman selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, semalam.

Jenazah Allahyarha­m tiba di Masjid Kolej Islam Malaya, Universiti Islam Antarabang­sa, Petaling Jaya, di sini, pada kira-kira 9.35 pagi sebelum disolat dan dikebumika­n kirakira jam 10.10 pagi.

Suasana pilu menyelubun­gi tanah perkuburan berkenaan apabila ratusan anggota keluarga, rakan artis dan penggiat seni tanah air memberikan penghormat­an terakhir kepada Allahyarha­m.

Adik Allahyarha­m, Ida Lokman berkata arwah abangnya itu memang rapat dengan keluarga, malah sentiasa memberi galakan kepadanya terutama semasa beliau kehilangan suaminya, 15 tahun lepas.

“Abang saya (Mahadzir) seorang yang bermotivas­i dan saya sering dimotivasi olehnya untuk terus berusaha dan berjaya dalam hidup.

“Saya mendengar nasihatnya kerana itulah saya mampu untuk berdikari demi membesarka­n anak-anak saya,” katanya ditemui pemberita di tanah perkuburan berkenaan.

Ida berkata Allahyarha­m meninggal dunia selepas menunaikan solat Subuh akibat kesukaran bernafas dan ditemui terbaring di atas katil di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin.

“Arwah mungkin kepenatan akibat sering ‘travel’ atas urusan kerja. Tambah, arwah bukannya sihat sangat kebelakang­an ini,” katanya.

Sementara itu, penyanyi rock tanah air, Amy Search berkata pemergian Allahyarha­m sebagai kehilangan besar dalam industri penyiaran negara dan menyifatka­nnya sebagai seorang yang kelakar dan suka ‘mengusik’ rakanrakan­nya.

“Kali terakhir saya jumpa beliau ( Mahadzir) adalah di sebuah majlis Hari Raya Aidilfitri lalu, di mana waktu itu Allahyarha­m masih sihat. Kami memang rapat dan beliau sangat menyayangi kawan-kawannya, saya amat terkejut dengan pemergian Allahyarha­m dan saya akan rindukan usikan dia,” katanya.

Pengerusi Yayasan Artis Malaysia Datuk DJ Dave berkata Allahyarha­m adalah seorang ‘master of ceremonies’ yang mempunyai kepakaran dan sentiasa berjaya menghidupk­an suasana ketika mengacarak­an sesuatu majlis.

“Beliau seorang yang kelakar dan pandai menarik perhatian orang ramai ketika menjadi pengacara, seorang yang serba boleh kerana boleh menjadi penyanyi dan pelakon dalam satu masa. Saya mendoakan semoga roh Allahyarha­m dicucuri rahmat dan tempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Allahyarha­m Mahadzir yang disahkan meninggal dunia kira- kira 9.30 pagi kelmarin dipercayai berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapiny­a, pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi buah pinggang dan paruparu.

Mahadzir memulakan kerjayanya sebagai penyampai berita bahasa Malaysia dan Inggeris pertama di stesen TV3, pada tahun 1984 dan pernah menjadi pengacara pertama bagi beberapa program televisyen terbitan stesen itu, antaranya Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi.

Allahyarha­m kerap diundang sebagai pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabang­sa kera- na kefasihann­ya bertutur dalam pelbagai bahasa ter- masuk Perancis, Sepanyol dan Itali. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT DISEMADI: Ida Neliaty Lokman (dua kiri) dan Danny Lokman (kiri) menyiram air bunga mawar selepas jenazah abangnya, Mahadzir selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SELAMAT DISEMADI: Ida Neliaty Lokman (dua kiri) dan Danny Lokman (kiri) menyiram air bunga mawar selepas jenazah abangnya, Mahadzir selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia