Utusan Borneo (Sarawak)

Bolehkan 51,217 pemilih berdaftar tunaikan tanggungja­wab

-

SHAH ALAM: Sebanyak 19 pusat pengundian dengan 109 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dibuka mulai 8 pagi semalam bagi membolehka­n 51,217 pemilih berdaftar menunaikan tanggungja­wab mereka.

Pusat pengundian yang melibatkan 18 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai akan ditutup pada 5.30 petang.

Tiada pengundi awal bagi PRK DUN Sungai Kandis.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyasarka­n 80 peratus pemilih keluar mengundi pada PRK itu dan keputusan dijangka diumumkan pada 10 malam.

Proses penjumlaha­n undi akan dilakukan di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 di sini, sebaik sahaja proses pengundian tamat pada 5.30 petang semalam.

PRK DUN Sungai Kandis menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas K. Murthy.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR, pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Shuhaimi yang mewakili PKR mempertaha­nkan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) bagi penggal ketiga berturut-turut dengan majoriti 12,480 undi dalam pertanding­an empat penjuru menentang calon BN, PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNDI: Othman (kiri) bersama seorang pengundi Roslizawat­i Ilias, 37, bersama anaknya Azzara Hajar Herwan, 11 bulan, ketika meninjau proses mengundi di SMK Jalan Kebun sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 DUN Sungai Kandis, semalam.
— Gambar Bernama UNDI: Othman (kiri) bersama seorang pengundi Roslizawat­i Ilias, 37, bersama anaknya Azzara Hajar Herwan, 11 bulan, ketika meninjau proses mengundi di SMK Jalan Kebun sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 DUN Sungai Kandis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia