Utusan Borneo (Sarawak)

Perlawanan Perisai Komuniti acara pembuka tirai tradisiona­l EPL berlangsun­g malam ini

-

LONDON: Manchester City akan menentang Chelsea dalam perlawanan Community Shield pada malam ini (Ahad) – pembuka tirai tradisiona­l kepada musim Inggeris – tetapi perlawanan di Wembley itu tidak akan memberi banyak petunjuk kepada destinasi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Perlawanan persahabat­an yang dibesar-besarkan antara juara liga menentang pemenang Piala FA merupakan peramal kejayaan yang buruk sama sekali sejak beberapa tahun lalu – belum ada lagi pemenang yang akhirnya dinobatkan sebagai juara pada musim yang sama sejak Manchester United pada 2010-11.

Perlawanan itu, yang kemungkina­n besar berlangsun­g dalam suhu musim panas yang membara di London, dijangka memaparkan beberapa pemain muda dan pemain pinggiran sementara bintang Piala Dunia perlahan- lahan menyesuaik­an diri semula untuk beraksi bersama kelab.

Namun tidak kira siapa pun yang akan bermain, perkara perbincang­an adalah banyak dan perlawanan ini akan dilihat dengan dekat untuk mendapa t k a n p e - tunj u k apabila bola sepak domestik menjadi tumpuan semula hanya tiga minggu sahaja selepas perlawanan akhir Piala Dunia diadakan di Rusia.

Dapatkah Manchester City meneruskan kejayaan mereka pada musim lepas atau adakah mereka akan menghadapi pencabar yang serius?

Adakah pengurus baharu Maurizio Sarri dapat menghidupk­an semula juara Piala FA, Chelsea, yang menduduki tempat kelima pada musim lepas setelah memenangi kejuaraan itu pada tahun sebelum itu di bawah Antonio Conte?

Satu soalan untuk penyokong City ialah bagaimana pengurus Pep Guar

diola akan mengerahka­n Riyad Mahrez – satu-satunya tambahan signifikan kepada senarai pilihan penyerang mereka yang sudah pun mengagumka­n dalam pasaran perpindaha­n pada musim panas.

Pengurus itu mengesahka­n pemain yang dibeli dengan harga rekod 60 juta pound (RM324 juta) itu bakal memulakan perlawanan selepas dia terpaksa dikeluarka­n dalam perlawanan akhir menentang Bayern Munich pada hujung minggu lepas bagi jelajah pramusim di Amerika Syarikat.

“Mahrez adalah bagus. Dia mengalami sedikit kesakitan tetapi dia berlatih sehari sebelum semalam – saya rasa begitu (dia boleh bermain Ahad ini),” kata Guardiola, yang dua kali mengakali Sarri dalam Liga Juara-Juara pada musim lepas apabila pengurus dari Itali itu mengurus Napoli.

Kebanyakan pemain yang menggalas tugas di Piala Dunia kini sudah berlatih semula tetapi Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne masih bercuti selepas bermain bermati-matian di Rusia.

Pengurus City itu turut memberitah­u bagaimana dia mengalu-alukan kesempatan untuk bertarung dengan Sarri, yang menggantik­an Conte pada bulan lepas. “S a y a

g e m - bira kerana dia ada di sini dalam EPL,” kata Guardiola.

“Saya akan banyak belajar untuk melihat pasukannya setiap hujung minggu. Saya menonton tiga perlawanan – dia memahaminy­a, pasukan dalam masa yang singkat bermain seperti apa yang dia mahukan.

“Saya rasa ia pasti perlawanan yang bagus, Chelsea sentiasa pencabar yang besar. Antonio dahulu, Maurizio juga nanti. Corak permainan pasti sesuai sekali untuk bola sepak Inggeris.”

Guardiola mengakui perlawanan itu diadakan pada waktu yang rumit tanpa barisan pemainnya yang lengkap tetapi berkata City bersiap sedia dan akan menyasari kemenangan C o m - m u n i t y S h i e l d mereka yang kelima.

K e d u a - dua pasukan masingmasi­ng mempunyai empat kemenangan dalam perlawanan itu. Bagi Chelsea, Cesc Fabregas menimbulka­n tanda tanya kerana mengalami kecederaan lutut yang ringan. Pemenang Piala Dunia dari Perancis, N’Golo Kante dan Olivier Giroud, tiga pemain dari Belgium, Eden Hazard, Thibaut Courtois dan Michy Batshuayi, selain pemain England, Gary Cahill, belum lagi kembali selepas Piala Dunia. Sarri membayangk­an pasukan yang sama dengan pasukan yang bermain dalam pramusim akan diturunkan di Wembley, yang bermakna pemain berusia 17 tahun Callum Hudson- Odoi mungkin akan bermain. P e n g u r u s berusia 59 tahun itu ingin sekali berjaya tetapi dia mengakui tugasan menentang juara EPL itu amat mencabar. S a r r i , yang tidak pernah memenangi trofi dalam kariernya, berkata: “Perlawanan itu bagi kami sangat berbeza kerana satu sebab: semua mereka sudah bekerja sama selama dua tahun. Kami bermula d u a setengah minggu y a n g l e p a s . — AFP

 ??  ?? SARRI GUARDIOLA
SARRI GUARDIOLA
 ??  ?? LAMPARD
LAMPARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia