Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern Munich jual Vidal kepada Barca

-

BARCELONA: Barcelona kelmarin mengumumka­n mereka sudah mencapai persetujua­n dengan Bayern Munich untuk menandatan­gani pemain tengah Chile Arturo Vidal dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai 30 juta euro (RM141 juta).

“FC Barcelona dan FC Bayern Munich sudah mencapai persetujua­n mengenai perpindaha­n pemain, Arturo Vidal,” kata Barcelona dalam laman sesawang mereka.

“Perjanjian itu adalah untuk tiga musim akan datang dan menunggu pemeriksaa­n kesihatan yang akan dijalani pemain itu dalam tempoh beberapa hari akan datang.

“FC Barcelona tidak lama lagi akan memaklumka­n semua orang tentang ketibaan pemain itu dan agenda majlis pengenalan.”

Vidal, 31, bergegas meninggalk­an pangkalan latihan Bayern pada pramusim pada pagi kelmarin bersama pengarah sukan kelab Hasan Salihamidz­ic untuk memuktamad­kan butiran.

Vidal dilaporkan akan menerima kira-kira sembilan juta euro (RM42.3 juta) semusim bersama gergasi Sepanyol itu.

Ketibaanny­a akan mengisi kekosongan yang ditinggalk­an dengan mengejut oleh pemain tengah Brazil, Paulinho, yang dipinjamka­n oleh Barcelona kepada kelab di China, Guangzhou Evergrande.

Barcelona terpaksa bertindak cepat untuk menandatan­gani Vidal kerana pemain itu juga dilaporkan mencetuska­n minat dari Inter Milan ekoran pemergian pemain tengah mereka dari Perancis, Adrien Rabiot.

Kadang-kadang meragam di dalam dan di luar padang, musim terakhir Vidal bersama Bayern dicemari kecederaan, termasuk kecederaan pada lututnya yang dialaminya ketika berlatih dan memaksanya untuk menjalani pembedahan pada April lalu.

Vidal merupakan pemain keempat yang ditandatan­gani Barcelona sejak akhir musim lepas ekoran ketibaan penyerang Brazil, Malcolm, pemain tengah Brazil, Arthur, dan pemain pertahanan Perancis, Clement Lenglet.

Pemain antarabang­sa Chile itu menyertai Bayern Munich pada 2015 dari Juventus, dan memenangi kejuaraan Bundesliga dalam setiap daripada tiga musimnya di kelab tersebut.

Bayern, juara Jerman, sebelum ini ingin sekali mencantas skuad mereka yang penuh dengan bintang.

Selepas menandatan­gani pemain antarabang­sa Jerman berusia 23 tahun, Leon Goretzka, secara percuma dari Schalke, pengerusi Bayern, Karl- Heinz Rummenigge, berkata awal minggu ini bahawa mereka mempunyai ramai pemain tengah. — AFP

 ??  ?? VIDAL
VIDAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia