Utusan Borneo (Sarawak)

Red Bull lepaskan Ricciardo kepada Renault

-

PARIS: Pemandu dari Australia Daniel Ricciardo akan meninggalk­an pasukan Red Bull pada hujung musim ini dan menyertai pasukan Renault dengan kontrak selama dua tahun, manakala pasukan Perancis itu kelmarin memaklumka­n hasrat mereka untuk membawa balik zaman kegemilang­an mereka dalam Formula Satu (F1).

Ia sudah lebih sedekad sejak Renault kali terakhir memenangi kejuaraan pemandu F1 bersama Fernando Alonso pada 2006, dan pasukan yang membekalka­n enjin kepada Red Bull tidak pernah memenangi perlumbaan sejak menyertai semula FI sepenuhnya tiga tahun lalu.

Ricciardo, 29, menduduki tempat kelima dalam kedudukan pemandu pada 2018 dan menang di China dan Monaco pada musim ini, dua daripada tujuh kemenangan­nya dalam Grand Prix.

“Ia mungkin salah satu keputusan paling sukar untuk dibuat dalam karier saya setakat ini,” kata Ricciardo dalam laman sesawang Renault.

“Tetapi saya berpendapa­t masanya sudah tiba bagi saya untuk menyahut cabaran yang segar dan baharu.”

Pengarah urusan Renault, Cyril Abiteboul, berkata pembelian pemandu yang berbakat itu menggarisk­an cita-cita mereka.

“Menandatan­gani Daniel menggarisk­an keazaman kami untuk mempercepa­tkan kemajuan kami menuju barisan hadapan dalam sukan ini,” katanya.

“Karisma dan bakat Daniel yang tidak dapat dinafikan merupakan kenyataan dan bonus yang amat besar bagi pasukan kami. Kami perlu membalas kepercayaa­nnya kepada kami dengan menyediaka­n kereta terbaik mungkin.”

Presiden pasukan Jerome Stoll menambah: “Renault memutuskan untuk kembali ke F1 dan merebut kejuaraan dunia.”

Red Bull mengumumka­n terlebih dahulu bahawa Ricciardo sudah memutuskan untuk meninggalk­an pasukan itu, sebelum Renault dengan cepat mengesahka­n pengambila­nnya.

Buat masa sekarang, pemandu terbaik Renault adalah Nico Hulkenberg di tempat ketujuh dalam kedudukan, manakala pemandu berusia 23 tahun dari Sepanyol Carlos Sainz di tempat ke-11.

Renault dipercayai mengesahka­n bahawa Sainz akan memberi laluan kepada Ricciardo.

“Pasukan Formula Satu Sukan Renault gembira untuk mengesahka­n ketibaan Daniel Ricciardo bagi menyertai Nico Hulkenberg sebagai pemandu bermula musim akan datang,” Renault menyebut dalam satu kenyataan.

Pertukaran Ricciardo kepada pasukan di luar kelompok tiga teratas yang terdiri daripada Red Bull, Mercedes dan Ferrari merupakan satu perjudian.

Sementara Renault berada satu tempat di belakang Red Bull dalam kedudukan syarikat pembuatan, mereka hanya mengutip 82 mata sahaja sedangkan Red Bull di tempat ketiga mempunyai 223 mata. — AFP

 ??  ?? RICCIARDO
RICCIARDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia