Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain Denmark itu tewas di tangan Chen Long dan mengakui ‘terlalu banyak kesilapan’ dibuat

-

NANJING: Juara bertahan Viktor Axelsen berkata dia membuat ‘terlalu banyak kesilapan’ selepas pemain tinggi lampai dari Denmark itu disingkirk­an pada peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Dunia kelmarin oleh Chen Long dari China.

Pemain ranking tertinggi dalam undian lelaki dan undian wanita kini sudah keluar, selepas Tai Tzu-ying dari Taiwan ditewaskan sebelum itu di Nanjing oleh seorang lagi pemain China.

Chen, juara Olimpik, seterusnya menentang Shi Yuqi – pemain ranking ketiga dan satu-satunya pemain pilihan utama yang masih bermain – dalam perlawanan separuh akhir seluruh China ekoran kemenangan 21-19, 21-11 ke atas Axelsen.

Kontrovers­i berlaku dan permainan pertama tertangguh selama dua minit apabila Chen, 29, mempertika­ikan keputusan yang memihak kepada pemain Denmark itu.

Namun Axelsen, pemain nombor satu dunia berusia 24 tahun yang telah menamatkan penguasaan Asia dalam sukan badminton

Malangnya dia jauh lebih bagus daripada saya pada hari ini. Tetapi kehidupan diteruskan dan saya perlu belajar daripada ini.

lelaki sejak setahun lalu, sememangny­a sudah ketinggala­n.

“Malangnya dia jauh lebih bagus daripada saya pada hari ini,” kata Axelsen, yang melontar raketnya yang berpusing di udara selepas dia kalah dalam permainan pertama, sekali gus

Viktor Axelsen Pemain Denmark

 ?? — Gambar AFP ?? MAINAN MINDA: Axelsen berbincang dengan pengadil ketika beraksi menentang Chen Long dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing China.
— Gambar AFP MAINAN MINDA: Axelsen berbincang dengan pengadil ketika beraksi menentang Chen Long dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia