Utusan Borneo (Sarawak)

Harap PSS benarkan orang awam guna Pusat Petanque Sarawak percuma

-

KUCHING: Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Dr Abdul Rahman Junaidi berharap Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) dapat membenarka­n orang awam menggunaka­n kemudahan Pusat Petanque Sarawak di Santubong secara percuma.

Menurutnya, langkah itu bagi menarik minat golongan belia menceburi sukan itu sekali gus melahirkan lebih ramai atlet petanque yang boleh mewakili Sarawak satu hari nanti.

“Saya minta kepada Dr Ong (CEO PSS) untuk memberi ruang kepada anak- anak muda menggunaka­n kompleks ini agar mereka dapat bergiat aktif dalam sukan petanque.

“Ini membolehka­n kita melahirkan lebih ramai atlet petanque untuk mewakili Sarawak pelbagai kejohanan kebangsaan seperti Sukan Malaysia (SUKMA).

“Selain itu, ia memberi peluang kepada masyarakat di sini khususnya belia beriadah mengisi masa lapang,” katanya berucap merasmikan Kejohanan Petanque Beregu Terbuka Kuching Ke-11 di Pusat Petanque Sarawak, Santubong semalam.

Abdul Rahman yang juga Penolong Ketua Kontinjen acara petanque pada SUKMA XIX di Perak menambah penganjura­n pelbagai kejohanan petanque di sini turut memainkan peranan penting melahirkan lebih ramai atlet baharu.

Menurutnya, hampir kes- eluruhan atlet-atlet petanque mewakili Sarawak pada SUKMA 2018 lahir dari kejohanan dianjurkan di kompleks tersebut.

“Sehubungan ini, saya merakamkan terima kasih kepada Persatuan Sukan Petanque Bahagian Kuching (PSPBK) kerana memanfaatk­an sepenuhnya prasarana disediakan kerajaan dengan menganjurk­an pelbagai kejohanan.

“Sikap proaktif PSPBK merancakka­n program pembanguna­n petanque berjaya menarik minat masyarakat terutama golongan belia terhadap sukan ini sekali gus membantu mencungkil ramai bakat baharu,” katanya.

Jelasnya, petanque memiliki keistimewa­an tersendiri kerana boleh dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia atau latar belakang.

Sementara itu, Pengerusi PSPBK Zaidi Mahdi berkata kejohanan kali ini cukup signifikan kerana dianjurkan sempena ulang tahun ke-100 Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS).

Beliau yang juga Pengarah JTS berkata kejohanan tersebut disertai seramai 186 peserta dari Sarawak, Sabah, Selangor, Kedah, Pahang dan Kalimantan Barat (KALBAR).

Kejohanan berakhir hari ini menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM6,000 kepada juara acara beregu lelaki. Tempat kedua meraih RM3,000, ketiga RM2,000, keempat RM1,000, kelima hingga kelapan RM500 dan kesembilan hingga ke- 16 RM200.

Manakala juara beregu wanita akan meraih RM2,500, tempat kedua RM1,500, ketiga RM800, keempat RM400, kelima hingga kelapan RM200 dan kesembilan hingga ke-16 RM100.

Kejohanan itu anjuran bersama PSPBK, Kelab Sosial dan Sukan JTS (LANDAS), Masjid Nurir Rahmani Kampung Santubong dan ditaja oleh LEA Sports Centre.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pengurusan JTS, Abdullah Julaihi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSS, Dr Ong Kong Swee.

 ??  ?? RASMI: Dr Abdul Rahman melontar bola sebagai simbolik perasmian kejohanan petanque sambil disaksikan Zaidi (kiri) dan Ong (tiga kanan) di Santubong semalam.
RASMI: Dr Abdul Rahman melontar bola sebagai simbolik perasmian kejohanan petanque sambil disaksikan Zaidi (kiri) dan Ong (tiga kanan) di Santubong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia