Utusan Borneo (Sarawak)

Minat bertukar bisnes

- Oleh Agnes Tugong

SIAPA

sangka seorang suri rumah sepenuh masa tanpa pengetahua­n dan kemahiran mengenai manik boleh menjadi seorang pengusaha kraf manik.

Seperti wanita lain, Sangi Abu, gemar membeli produk kraf manik terutama aksesori wanita seperti rantai, anting-anting, gelang tangan dan gelang kaki untuk digayakan.

Disebabkan kekerapan membeli aksesori manik ini, Sangi mula berfikir mengapa beliau tidak membuat aksesori kraf maniknya sendiri.

Penat membeli akhirnya Sangi mula berjinakji­nak membuat aksesori maniknya sendiri bermula dengan ‘Tanguk Moden’ iaitu rantai moden untuk digayakan oleh golongan wanita.

“Saya mula serius dalam penghasila­n kraf manik ini pada bulan Julai tahun lepas dan produk pertama saya pada masa itu ialah Tanguk Moden.

“Selepas berjaya membuat Tanguk Moden tersebut saya cuba pula membuat aksesori yang lain yang lebih mudah seperti gelang tangan, gelang kaki dan anting-anting.

“Apa yang membuatkan saya lebih bersemanga­t untuk meneruskan pembuatan aksesori kraf manik ini ialah apabila ada antara koleksi saya yang dibeli oleh rakan-rakan.

“Selepas satu-persatu koleksi saya bertukar tangan, saya semakin bersemanga­t dan saya mula yakin bahawa bidang ini dapat menjana pendapatan jika diusahakan dengan bersungguh­sungguh,” katanya ketika ditemu bual di kediamanny­a di Kampung Kudei, Kuching baru-baru ini.

Tambah Sangi, beliau pada awalnya tidak mempunyai kemahiran langsung dalam membuat produk aksesori kraf daripada manik ini.

Tetapi kerana terlalu minat, Sangi nekad untuk belajar sendiri berpanduka­n kepada gambar-gambar dan bertanya dengan rakan-rakan.

Malah katanya beliau sampai bersengkan­g mata sehingga ke pagi untuk mahir cara-cara membuat aksesori kraf manik ini.

Namun katanya selepas berjaya membuat produk pertamanya dan berjaya menjual sebahagian daripada hasil tangannya, Sangi tidak lagi menoleh ke belakang.

Dari segi modal katanya beliau menggunaka­n simpanan sendiri selain pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dibayar balik setiap minggu.

Manakala bahan-bahan manik dibeli daripada Alice Beads Kuching Sentral selain menerusi pembekal atas talian.

“Meskipun saya sudah pandai membuat sendiri aksesori kraf manik ini tetapi ia belum cukup bagi saya.

“Jadi saya menyertai kelas manik anjuran Victoria Teneh Inu of Victoria Teneh Consultant di mana kami diajar membuat aksesori manik yang lebih susah seperti anting-anting kipas.

“Anting-anting kipas ini memerlukan kemahiran sulaman dan harganya lebih mahal iaitu RM45 sepasang berbanding anting-anting lain.

“Selain mengikuti kelas manik, saya juga menyertai kelas keusahawan­an anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

“Di bawah kursus ini kami diajar mengenai caracara pengiraan kos serta penetapan harga serta perniagaan secara atas talian menerusi Facebook dan Instagram,” ujar Sangi.

Selepas menyertai kursus tersebut, Sangi mula menerima tawaran daripada pelbagai pihak untuk membuka gerai pameran dan jualan.

Program pameran dan jualan pertama yang disertai oleh Sangi ialah Pesta Benak 2017 di Sri Aman diikuti dengan Pesta Telaga Air, One SSM Fair di City One, Giant Tabuan, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching dan banyak lagi serta terbaru Gawai Dayak 2018 di Tebingan Kuching.

Menerusi penyertaan pada program pameran dan jualan ini, koleksi Sangi semakin dikenali dan atas sokongan suami, Johnny Setu serta anak-anak, beliau berjaya menubuhkan syarikatny­a sendiri atas nama S.J Bajik Enterprise.

“S.J Bajik Enterprise didaftarka­n pada bulan Februari 2018 dan ia merupakan platform untuk saya memperluas­kan lagi pasaran produk manik saya.

“Jika kita mempunyai syarikat yang berdaftar, maka ia akan memberi keyakinan kepada pelanggan terutama pihak-pihak tertentu untuk tempahan dalam jumlah yang banyak,” katanya.

Penggemar aksesori manik juga boleh mengikuti perkembang­an koleksi terkini Sangi menerusi laman Facebook: SJ Beads Craft atau Instagram: sjbeadscra­ft untuk tempahan dan pembelian.

Selain mengusahak­an perniagaan kraf maniknya, Sangi turut diberi kepercayaa­n oleh DBKU untuk mengajar komunti setempat membuat manik pada Kursus Asas Manik anjuran Kejiranan Wanita Kampung Kudei Baru pada 29 Julai yang lepas.

Kini, ibu kepada empat orang anak ini mampu menjana pendapatan sehingga RM1,000 atau lebih daripada jualan aksesori maniknya.

Ditanya mengenai saingan, Sangi berkata beliau tidak dapat lari daripada saingan tetapi untuk kekal bersaing beliau perlu sentiasa jujur dengan pelanggann­ya.

“Memang tidak dinafikan banyak cabaran yang dilalui dalam berniaga kerana ada masanya kita untung dan ada masa kita rugi.

“Tetapi jangan takut dengan rugi. Apa yang penting kita perlu sabar, tabah, komited serta fokus dengan apa yang kita usahakan,” katanya sebagai perangsang kepada wanita terutama suri rumah yang ingin berjaya sepertinya.

 ??  ??
 ??  ?? RINGKAS: Bahan-bahan serta peralatan yang digunakan untuk membuat kraf manik.
RINGKAS: Bahan-bahan serta peralatan yang digunakan untuk membuat kraf manik.
 ??  ?? MAHIR: Sangi menunjukka­n cara membuat salah satu anting-anting manik.
MAHIR: Sangi menunjukka­n cara membuat salah satu anting-anting manik.
 ??  ?? BERLAINAN HARGA: Anting-anting dan gelang tangan yang dibuat daripada pelbagai jenis manik dijual pada harga berbeza.
BERLAINAN HARGA: Anting-anting dan gelang tangan yang dibuat daripada pelbagai jenis manik dijual pada harga berbeza.
 ??  ?? KURSUS: Sangi (duduk tengah) bersama peserta Kursus Asas Manik anjuran Kejiranan Wanita Kampung Kudei Baru pada 29 Julai 2018.
KURSUS: Sangi (duduk tengah) bersama peserta Kursus Asas Manik anjuran Kejiranan Wanita Kampung Kudei Baru pada 29 Julai 2018.
 ??  ?? TIMBA ILMU: Sangi (tengah) menyertai kelas manik anjuran Victoria Teneh Inu of Victoria Teneh Consultant.
TIMBA ILMU: Sangi (tengah) menyertai kelas manik anjuran Victoria Teneh Inu of Victoria Teneh Consultant.
 ??  ?? PROMOSI: Sangi menyertai pameran dan jualan pada Bazaar Gawai 2018 di Tebingan Kuching.
PROMOSI: Sangi menyertai pameran dan jualan pada Bazaar Gawai 2018 di Tebingan Kuching.
 ??  ?? BERKUALITI: Sangi menunjukka­n sebahagian daripada koleksi kraf maniknya untuk dijual.
BERKUALITI: Sangi menunjukka­n sebahagian daripada koleksi kraf maniknya untuk dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia