Utusan Borneo (Sarawak)

Peminat pamer memorabili­a Spice Girls dalam satu pameran di London

- Oleh Saskia O’Donoghue

DARIPADA kasut but platform berwarna-warni hingga kepada kain linen katil yang terpampang wajah-wajah Posh, Scary, Sporty, Baby dan Ginger, pelbagai memorabili­a Spice Girls dipertunju­kkan dalam satu pameran di London yang diabadikan kepada kumpulan gadis yang masyhur itu.

Peminat Spice Girls Alan Smith-Allison telah menghimpun­kan ratusan kostum pentas kumpulan tersebut dan barang niaga yang dia kumpul sejak tahun 1980an dan mempamerka­nnya di sisi barang lain yang dipinjamka­n untuk ‘SPICEUP’.

Dipamerkan adalah baju ‘Girl Power’, pakaian cetak haiwan Melanie Brown dan kasut but platform Union Jack milik Geri Horner (ketika itu dikenali sebagai Halliwell) selain paket rangup, patung permainan dan kotak biskut bertemakan Spice Girl.

“Ia begitu ikonik dan begitu berwarna-warni dan bergemerla­pan dan glamor dan penting dalam budaya muzik sehinggaka­n ia menjengkel­kan saya apabila semuanya diletak dalam kotak simpanan dalam tempat yang gelap,” kata Smith-Allison kepada Reuters.

“Ia perlu ditunjukka­n kepada peminat supaya mereka datang dan menghargai­nya dan terdapat jutaan peminat Spice Girls di seluruh dunia yang pasti ingin sekali melihatnya.”

Lelaki berusia 37 tahun itu berkata dia menjadi peminat Spice Girls ketika lagu single pertama kumpulan itu ‘Wannabe’ menghangat­kan carta pada 1996.

Dia mula mengumpul cakera padat (CD) dan video dan membeli kostum Spice Girls pertamanya pada 2007 ketika Melanie Brown, yang dikenali sebagai Scary Spice, menganjurk­an jualan amal. PULUHAN JUTA REKOD DIJUAL

Tidak lama kemudian pembelian lain menyusul dan Smith-Allison, yang mendakwa dia sudah berjumpa dengan tiga daripada lima anggota Spice Girls, membina koleksi yang menurutnya memakan belanja “ratusan ribu pound”.

“Koleksi itu dikumpul dari mula lagi, dari permulaan, apabila lima gadis ini muncul dalam dunia muzik pop dengan lima personalit­i yang benar-benar menakjubka­n, berani, begitu menyeronok­kan, banyak mesej baik yang dapat bergema,” katanya.

The Spice Girls seterusnya menjual lebih 80 juta rekod di seluruh dunia, dan memperoleh­i ramai peminat dengan lagu mereka yang menarik dan mesej ‘Girl Power’ (Kuasa Wanita).

Pada 2000, mereka berkata mereka akan berehat sampai bilabila masa dan memberi tumpuan kepada karier solo masing-masing.

Baru-baru ini, Brown memberitah­u sebuah program bual bicara televisyen, kumpulan itu sudah bersetuju untuk mengadakan pertemuan semula, dengan berkata: “Yang pasti, kami akan bersatu semula.”

Mereka sama-sama membuat persembaha­n di Olimpik London 2012 dan pameran berkenaan telah meminjam gaun merah yang dipakai oleh Geri untuk acara tersebut.

Smith-Allison berkata dia berharap untuk suatu hari nanti memiliki semua pakaian yang dipakai bagi persembaha­n itu.

“Ia adalah umpama impian saya sekarang tetapi saya tidak fikir gadis-gadis itu akan berpisah dengan pakaian mereka,” katanya.

Pameran itu berlangsun­g di London sehingga 20 Ogos sebelum ia diadakan di Manchester. — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia