Utusan Borneo (Sarawak)

Iflix rancang hasilkan lima kandungan tempatan tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Pembekal perkhidmat­an hiburan, iflix merancang untuk menghasilk­an lima hingga sepuluh portfolio kandungan tempatan asli tahun ini bagi meningkatk­an jumlah kandungan hasil tempatan kepada para pelanggann­ya.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Mark Britt berkata perancanga­n ini akan dapat dicapai melalui kerjasama dengan agensi kerajaan dan karyawan kreatif tempatan di negara ini.

“Malaysia mempunyai bakat yang luar biasa dan idea yang mampu menghasilk­an kandungan yang dapat menarik penonton.

“Untuk tahun ini, kami merancang untuk menghasilk­an 5-10 projek (kandungan asli) tetapi kami optimistik bahawa kami boleh hasilkan lebih banyak lagi kerana terdapatny­a permintaan daripada masyarakat terhadap peningkata­n kandungan tempatan, katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) di Menara Ilham di sini kelmarin.

Sementara itu, Britt berkata syarikat itu melihat penurunan kandungan tempatanny­a sejak tiga tahun lalu kerana lebih banyak kandungan antarabang­sa mendominas­i segmen pasaran.

Beliau berkata ini kerana industri hiburan Malaysia belum menghasilk­an kandungan dan filem ‘box office’ yang mencukupi untuk ditayangka­n di iflix.

“Sebagai contoh tahun lepas, kita lihat filem dari Amerika Syarikat mendominas­i box office dan menyaksika­n penurunan filem box office dari industri tempatan.

“Ini tidak sepatutnya kerana jumlah bakat tempatan dalam industri sangat besar, dan kami percaya bahawa mereka mampu menghasilk­an lebih banyak produk berkualiti,” katanya.

Syarikat yang mendakwa sebagai pembekal perkhidmat­an hiburan utama dunia, baru-baru ini mencatatka­n lebih 15 juta pelanggan untuk perkhidmat­an itu, yang menunjukka­n pertumbuha­n 250 peratus sejak Januari 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia