Utusan Borneo (Sarawak)

Teater dipentaska­n sekali lagi sempena bulan kemerdekaa­n

-

BERSEMPENA dengan bulan kemerdekaa­n yang disambut pada Ogos ini, pihak penganjur Gold Ray Sdn Bhd dengan kerjasama Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan bersatu hati patriotism mengangkat teater Tanah Akhirku ke skala yang lebih besar di Panggung Sari, Istana Budaya.

Teater yang diarahkan oleh Ashraf Zainal ini akan menemui penonton pada 28 Ogos hingga 2 September 2018 di Panggung Sari, Istana Budaya bermula jam 8.30 malam.

Antara pelakon yang terlibat adalah Mei Fen Lim, Erma Fatima, Izzue Islam, Nina Nadira, Nave VJ dan Angeline Tan.

Mei Fen Lim pernah mementaska­n teater ini sebagai sebuah produksi bagi penilaiann­ya sewaktu bergelar pelajar tahun akhir Fakulti Teater di Aswara.

Walaupun dinilai dari segi lakonan, beliau juga bertanggun­gjawab sebagai pengolah cerita asal.

Beliau begitu komited memastikan cerita tentang penghijrah­an awal masyarakat Tiong Hua ke Tanah Melayu dipaparkan dengan teliti melalui naskhah ini.

Menariknya pementasan teater ini mendapat respons yang baik dari banyak pihak dan pihak Istana Budaya berasakan bahawa naskhah ini bersesuaia­n untuk dipentaska­n pada bulan Ogos demi menyemarak­kan lagi rasa cintakan negara.

Elemen-elemen kemerdekaa­n dan cinta negara yang terkandung dalam teater ini bakal menaikkan lagi rasa patriotism­e penonton.

Tanah Akhirku mengisahka­n tentang perjalanan hidup seorang gadis yang berasal dari tanah besar China ke Tanah Melayu bernama Yin Feng.

Yin Feng lari daripada perang saudara dan pecah belah di China bersama ibu dan adiknya ke Tanah Melayu selepas kematian ayahnya untuk mencari kehidupan baharu.

Mereka kemudian bekerja di lombong bijih timah yang dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap.

Dengan ketidaksta­bilan politik dan pentadbira­n pada ketika itu antara pembesar istana, pihak British dan juga pengusaha lombong, tidak ada langkah mudah untuk meneruskan hidup bagi pekerja-pekerja lombong di situ.

Yin Feng pula semakin jatuh hati dengan Tanah Melayu yang sudah dianggap sebagai tanah airnya sendiri.

Cintanya juga turut mekar terhadap seorang lelaki Melayu.

Tanah Akhirku adalah sebuah naskhah yang mengajak penonton untuk melihat pembentuka­n negara Malaysia melalui perspektif yang berbeza.

Kaum Cina yang telah datang berhijrah ke Tanah Melayu pada era penjajahan British turut memainkan peranan besar dalam pembentuka­n masyarakat Malaysia yang majmuk seperti yang ada pada masa kini.

Kita tidak dapat menafikan sumbangan para imigran Cina dan India yang datang untuk memajukan Tanah Melayu dari segi ekonomi dan juga budaya.

Mei Fen berkata, beliau mendapat idea untuk pementasan cerita ini selepas menghabisk­an masa belajar di Aswara.

Persekitar­an majmuk di kampus ini memberikan Mei Fen pengalaman sebenar masyarakat Malaysia yang dia idamkan.

Di Aswara, kepelbagai­an budaya diraikan dan setiap pelajar mempunyai peluang untuk memahami budaya asing tanpa perlu meninggalk­an akar budaya masing-masing.

Tanah Akhirku akan dipersemba­hkan di dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris dengan sarikata bahasa.

Tiket dengan harga RM40, RM60, RM110, RM150, RM200, RM250 dan RM350 boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang http://airasiared­tix.com.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia