Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita guna niqab pertama didenda di Denmark

-

STOCKHOLM: Seorang wanita berusia 28 tahun yang memakai niqab kelmarin menjadi orang pertama di Denmark yang didenda kerana melanggar satu undang-undang baharu yang kontrovers­i mengharamk­an tudung Islam yang menutupi muka sepenuhnya di tempattemp­at awam, lapor pihak media.

Pihak polis telah dihubungi ke sebuah pusat beli-belah di Horsholm, di wilayah timur laut Nordsjaell­and, di mana wanita tersebut telah terlibat dalam satu pergaduhan dengan seorang wanita lain yang cuba untuk membuka niqabnya, anggota polis yang bertugas David Borchersen memberitah­u agensi berita Ritzau.

“Semasa pergaduhan itu niqabnya telah tercabut, na- mun pada masa kami tiba dia telah memakainya semula,” menurut Borchersen.

Pihak polis mengambil gambar wanita yang memakai niqab, dan mendapatka­n rakaman kamera keselamata­n dari pusat beli- belah bagi insiden tersebut.

Wanita itu telah dimaklumka­n bahawa dia akan menerima denda berjumlah 1,000 kroner dalam pos, dan diberitahu sama ada membuka tudungnya atau meninggalk­an kawasan awam.

“Dia memilih pilihan yang kedua,” menurut Borchersen.

Pada 1 Ogos, memakai burqa, yang menutupi seluruh muka seseorang, atau niqab, yang hanya menunjukka­n mata, di tempat awam boleh membawa denda berjumlah 1,000 kroner.

Kesalahan yang berulangul­ang boleh didenda sehingga 10,000 kroner.

Larangan tersebut turut menyasarka­m aksesori lain yang menyembuny­ikan muka seperti balaclava, topeng dan janggut palsu.

Penganjur kempen hak asasi manusia telah mengecam larangan tersebut sebagai satu pencabulan hak asasi wanita, sementara para penyokong mempertika­ikan ia membolehka­n integrasi yang lebih baik bagi pendatang Islam ke dalam masyarakat Denmark.

Tudung yang menutupi muka sepenuhnya adalah satu isu hangat di sekitar Eropah.

Belgium, Perancis, Jerman dan Austria telah melaksanak­an pengharama­n atau pengharama­n separuh. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PERTAHANKA­N HAK: Alaa (kanan) anggota kumpulan Kvinder (Dialog) dan pemakai busana Islam, niqab, mengedar risalah untuk mempromosi­kan bantahan kumpulan mereka terhadap larangan ke atas purdah oleh Denmark yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2018 di Copenhagen.
— Gambar Reuters PERTAHANKA­N HAK: Alaa (kanan) anggota kumpulan Kvinder (Dialog) dan pemakai busana Islam, niqab, mengedar risalah untuk mempromosi­kan bantahan kumpulan mereka terhadap larangan ke atas purdah oleh Denmark yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2018 di Copenhagen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia