Utusan Borneo (Sarawak)

Tunku Alizakri Alias dilantik CEO baharu KWSP Pelantikan CEO baharu pastikan kesinambun­gan prestasi KWSP dan beri jaminan kepada anggotanya

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) (Strategi) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Alias dilantik sebagai CEO baharu dana persaraan itu, berkuat kuasa 20 Ogos, 2018 bagi menggantik­an Datuk Shahril Ridza Ridzuan, yang dinamakan sebagai Pengarah Urusan baharu Khazanah Nasional Bhd.

Menurut kenyataan dana persaraaan itu semalam, Lembaga KWSP telah mendapat persetujua­n Kementeria­n Kewangan berhubung pelantikan tersebut.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata pelantikan CEO baharu itu akan memastikan kesinambun­gan prestasi KWSP dan memberi jaminan kepada anggotanya bahawa KWSP akan terus beroperasi dengan baik dalam melaksanak­an mandatnya.

“Kami berbesar hati dengan pelantikan dalaman ini kerana ia mengesahka­n pelan peralihan yang kukuh yang membolehka­n Menteri Kewangan memilih calon dalaman yang sesuai,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, pemilihan Tunku Alizakri sebagai CEO akan terus membantu dalam mengetenga­hkan agenda kesejahter­aan sosial untuk negara.

Menurut kenyataan itu, Tunku Alizakri mula berkhidmat di KWSP pada 1 Jan, 2014 sebagai Timbalan CEO (Strategi) dengan bertanggun­gjawab ke atas polisi perlindung­an sosial nasional serta pembanguna­n perkhidmat­an dan produk KWSP.

Selain itu, beliau juga bertanggun­gjawab ke atas strategi dan hal ehwal korporat, modal insan selain pembanguna­n bakat, kata KWSP.

Tunku Alizakri juga ialah anggota Jawatankua- sa Pelaburan Pengurusan KWSP, yang bertanggun­gjawab memastikan semua cadangan pelaburan mematuhi tadbir urus dan kawalan risiko KWSP.

Beliau pernah berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia, Pusat Kepimpinan dan Tadbir Urus ICLIF, DiGi Telecommun­ications, Maybank dan Sime Darby.

Tunku Alizakri memiliki Sarjana Pentadbira­n Perniagaan (MBA) dari Cornell University dan Sarjana Muda Undang-undang dari King’s College, University of London.

Beliau pernah menjadi peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Malaya dan diiktiraf sebagai Peguam (Lincoln’s Inn) di mahkamah England dan Wales.

Kelmarin, Khazanah mengumumka­n pelantikan Shahril Ridza sebagai Pengarah Urusan baharu bagi menggantik­an Tan Sri Azman Mokhtar berkuat kuasa 20 Ogos.

Dalam kenyataan yang sama semalam, Samsudin mengucapka­n tahniah kepada Shahril Ridza atas pelantikan itu dan percaya Khazanah akan mencapai kecemerlan­gan di bawah kepimpinan beliau yang telah terbukti menjadikan KWSP sebagai organisasi yang disegani.

“Walaupun dengan berat hati, saya menyampaik­an rasa bangga bahawa Shahril Ridza telah dilantik untuk menerajui barisan kepimpinan di Khazanah.

“Beliau telah membawa KWSP ke tahap kecemerlan­gan dengan dividen yang kukuh, penambahba­ikan ke atas polisi KWSP serta pengalaman pelanggan,” katanya.

Samsudin berkata, Shahril Ridza merupakan antara contoh terbaik dalam aspek dedikasi dan profesiona­lisme. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia