Utusan Borneo (Sarawak)

Hatten Land beli Velvet Valley dengan harga RM43 juta

-

KUALA LUMPUR: Hatten Land Limited yang disenaraik­an di Singapura, sedang membeli Velvet Valley Sdn Bhd dengan harga RM43 juta, ini merupakan langkah pertama pemaju dari Melaka itu mempelbaga­ikan portfolio dan berkembang di luar sempadanny­a.

Velvet Valley sekarang ini sedang memajukan pembanguna­n bersepadu Unicity berkeluasa­n 7,936 meter persegi di Seremban, Negeri Sembilan, merangkumi sebuah pangsapuri perkhidmat­an setinggi tujuh tingkat, ruang kedai empat tingkat, tempat meletak kenderaan tiga tingkat dan satu tingkat bagi lantai fasiliti.

Hatten dalam kenyataan, berkata Unicity terletak di lokasi strategik bersebelah­an dengan Universiti Teknologi MARA dan dijangka siap pada suku keempat 2018.

Velvet Valley juga memiliki sebuah bangunan kedai pejabat pegangan bebas setinggi empat tingkat, dengan keluasan lantai 554.8 meter kaki persegi di pusat bandar Seremban.

“Pengambila­lihan ini adalah selaras dengan strategi pertumbuha­n jangka panjang Hatten Land bagi mempelbaga­ikan portfolio di luar Melaka, dan akan memberikan nilai terakru kepada syarikat termasuk para pemegang saham sebagai satu lagi aliran pendapatan berulang,” katanya.

Pertimbang­an pembelian itu akan dibiayai oleh sumber-sumber dalaman syarikat dan/atau pinjaman bank.

Selepas selesai pengambila­lihan, Velvet Valley akan menjadi sebuah subsidiari milik penuh Hatten Land. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia