Utusan Borneo (Sarawak)

Azman Mokhtar lepaskan jawatan Pengerusi Axiata

-

KUALA LUMPUR: Tan Sri Azman Mokhtar melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Axiata Group Bhd (Axiata) kelmarin selepas menyandang tugas berkenaan selama 10 tahun.

Beliau turut meletak jawatan sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan selaku wakil dana pelaburan strategik negara, Khazanah Nasional Bhd.

Azman baru-baru ini meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Khazanah.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Axiata menyifatka­n Azman sebagai pemimpin berwawasan yang memaparkan perkhidmat­an contoh sejak 10 tahun lepas dan berjaya mengukuhka­n kedudukan syarikat itu sebagai salah satu kumpulan telekomuni­kasi terbesar di Asia.

Sejak sedekad lalu sehingga akhir Disember 2017, jumlah pelanggan Axiata meningkat daripada 40 juta kepada hampir 350 juta dan bertapak di 11 negara, sekali gus menjadikan­nya kumpulan telekomuni­kasi kedua terbesar di ASEAN dan Asia Selatan.

Malah, dalam tempoh sama perolehan Axiata turut meningkat lebih dua kali ganda kepada RM24 bilion.

Menurut syarikat itu, Azman selaku Pengerusi juga telah mewujudkan amalan terbaik global dalam menginstit­usikan prinsip-prinsip kebertangg­ungjawaban, ketelusan dan tadbir urus yang menyaksika­n Axiata menerima pengikitir­afan dalam bidang berkenaan secara konsisten.

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanannya, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid berkata visi, kepintaran dan profesiona­lisme Azman telah berjaya mengemudi Axiata untuk muncul sebagai juara serantau dan sebuah institusi dengan amalan tadbir urus yang jitu.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata pada awal penubuhan kumpulan itu pada 2008, Azman telah memberi mandat untuk mewujudkan syarikat yang pada masa itu dikenali TM Internatio­nal Bhd sebagai juara serantau menjelang 2015.

Ia kemudianny­a beralih kepada wawasan lebih besar bagi menjadikan Axiata sebuah syarikat multinasio­nal tulen yang membawa nama Malaysia merentasi rantau ini dan muncul sebagai syarikat terbaik kendalian profesiona­l bagi meraih kecemerlan­gan dan integriti.

Azman juga meletakkan matlamat baharu untuk menjadikan Axiata sebagai Juara Digital Generasi Baharu dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah, pengurusan dan kakitangan Axiata di serata rantau ini, saya secara peribadi merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Azman di atas sumbangan beliau sebagai Pengerusi dan menerajui kumpulan ini selama 10 tahun,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia