Utusan Borneo (Sarawak)

Unit KPS terima tawaran pengambila­lihan SPLASH RM2.55 bilion

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (SPLASH Holdings), syarikat sekutu Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) dengan kepentinga­n 30 peratus, telah menerima tawaran pengambila­lihan RM2.55 bilion bagi keseluruha­n kepentinga­n dalam Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Dalam satu kenyataan kelmarin, KPS berkata SPLASH Holdings telah menerima Surat Tawaran daripada Pen- gurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Air Selangor telah menawarkan untuk mengambila­lih keseluruha­n 50 juta saham biasa dan 350 juta saham pinjaman tidak bercagar boleh tebus (RULS) SPLASH daripada SPLASH Holdings.

KPS memiliki kepentinga­n 30 peratus dalam SPLASH Holdings menerusi anak syarikat milik penuhnya, Viable Chip (M) Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Ahmad Fariz Hassan berkata: “Menerusi cadangan pengambila­lihan oleh Air Selangor, kami kini semakin hampir bukan sahaja kepada satu resolusi membabitka­n usaha penstruktu­ran semula sektor air di negara ini, tetapi juga bagi kami.”

Tawaran itu sah sehingga 10 Ogos, 2018, manakala perjanjian jual beli antara SPLASH Holdings dan Air Selangor akan dimeterai tidak lewat daripada 14 Sept, 2018, tertakluk kepada pertanyaan wajar dan kelulusan pihak berkaitan, termasuk pihak berkuasa dan pemegang saham, jika perlu.

Lembaga Pengarah KPS akan membuat pengumuman apabila tiba masanya selepas melalui proses dalaman serta bersama SPLASH Holdings.

Pengambila­lihan SPLASH oleh Air Selangor kini dijadikan sebahagian daripada pengukuhan serta penstruktu­ran semula industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya oleh Kerajaan Negeri serta Persekutua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia