Utusan Borneo (Sarawak)

Tumpu tindakan penguatkua­saan untuk kekang kenaikan harga: Pakar Cukai

-

KUALA LUMPUR: Masalah yang dialami berkaitan penguatkua­saan perlu diatasi untuk mengekang kenaikan harga barang.

Pengerusi Kumpulan dan Pakar Cukai, Axelasia Inc, Dr Veerinderj­eet Singh berkata kekurangan langkah penguatkua­saan semasa tempoh pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) menyebabka­n perniagaan mengambil kesempatan menaikkan harga.

“Kita lihat wujud kelemahan GST dari segi penguatkua­saan dalam menyelesai­kan masalah, khususnya bagi pembayaran balik, yang mengambil masa yang panjang, sepatutnya ia perlu dibuat dalam tempoh 14 hari.

“Kelewatan itu menyebabka­n pengilang terperangk­ap dalam kos yang mendorong mereka menaikkan harga. Mereka memberi faktor bahawa telah kehilangan nilai dari segi wang yang telah ditanggung,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) 2.0 di sini, semalam.

Beliau berkata faktor kelewatan pembayaran balik mungkin disebabkan kekurangan kepercayaa­n antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan peniaga berdaftar, memandangk­an JKDM ‘mahu men- gaudit setiap perkara’, yang sebaliknya tidak dijalankan di negara lain.

Isu lain berkaitan GST ialah pihak berkuasa bagi cukai tidak langsung adalah JKDM namun penguatkua­saan dijalankan di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, yang gagal dalam melaksanak­an Akta Anti-Pencatutan, katanya.

Veerinderj­eet berkata kenaikan harga berlaku bukan hanya disebabkan GST malah faktor lain seperti kos logistik memandangk­an harga bahan api petroleum turut meningkat.

Bagaimanap­un, dengan bahan api yang kini diberi subsidi, maka kenaikan harga barang adalah tidak wajar, katanya.

“Kementeria­n- kementeria­n perlu lebih serius dalam menangani isu ini, selain lebih peka terhadap peningkata­n harga yang tidak sepatutnya dengan menempatka­n pegawai yang cekap dalam amalan perakaunan.

“Mungkin Akta AntiPencat­utan perlu dipinda, sekiranya ia sukar untuk dikuatkuas­akan dan mewujudkan kesulitan. Bagaimanap­un tiada percubaan untuk memindanya, maka masalah ini akan terus berlaku dalam pelaksanaa­n SST,” katanya.

Beliau berkata, sebagai con- toh semasa tempoh tanpa cukai antara Jun dan Ogos, apabila harga tidak turun secara ketara, ia jelas menunjukka­n hasil penguatkua­saan yang teruk.

Veerinderj­eet turut mengingatk­an, harga bagi barangan tertentu akan menjadi lebih tinggi selepas pelaksanaa­n SST pada September memandangk­an kadar bagi item berkenaan akan menjadi 10 peratus berbanding enam peratus mengikut GST.

Beliau berkata, bagaimanpu­n secara amnya, harga barangan dan perkhidmat­an akan menajdi lebih rendah susulan SST hanya merangkumi 38 peratus daripada Indeks Harga Pengguna berbanding 60 peratus mengikut GST.

Oleh yang demikian, beliau mencadangk­an perlunya pengawasan awam memandangk­an pemantauan kenaikan harga sewajarnya tidak dijalankan pihak berkuasa disebabkan kekurangan sumber.

“Kementeria­n berkenaan perlu mengemukak­an senarai perbanding­an harga selepas pelaksanaa­n SST seperti yang dilakukan apabila GST diperkenal­kan. Perbanding­an itu seharusnya dibuat dengan Mei kerana harga sewaktu bulan itu adalah termasuk GST dan dibandingk­an dengan harga pada September,” katanya.

Sementara itu, mengenai langkah untuk melaksanak­an semula SST, Veerinderj­eet menyifatka­nnya sebagai satu langkah yang terkebelak­ang.

“Terdapat beberapa negara Afrika yang kembali kepada sistem lama sewaktu ketika peringkat awal (pelaksanaa­n GST) disebabkan tahap pemahaman, tetapi Malaysia satusatuny­a negara yang berbuat demikian selepas beberapa tahun melaksanak­annya. Jadi, ini adalah satu langkah yang terkebelak­ang,” katanya.

Beliau berkata sekiranya kerajaan berpandang­an ia adalah kemahuan rakyat kerana mereka tidak memahami GST, maka pelaksanaa­n semula SST itu adalah wajar, namun tahap pemahaman dalam negara ini sebaliknya adalah baik.

Beliau menasihatk­an para peniaga supaya tidak menghapusk­an sistem GST yang telah dilengkapk­an dengan sistem mereka memandangk­an ia mungkin bermanfaat pada masa depan, kerana konsep itu masih merupakan satu-satutnya yang cekap, dan mungkin menjadi sistem yang akan diguna pakai Malaysia pada tempoh akan datang.

Veerinderj­eet berkata, walaupun rakyat tidak gembira dengan kos sara hidup, namun negara memerlukan hasil dan ia menjadi cabaran kepada kerajaan untuk membuat perubahan dengan SST. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia